Pelik, kalau emas tu tak boleh dikeluarkan (dari lombong) sesuka hati macam duit kertas, kenapa harga emas ada turun naik secara aktif? Bahkan, kenapa harga emas boleh turun sampai 30% berbanding harga tertinggi tahun 2011 dulu? Persoalan ni agak membingungkan ramai penyimpan emas. Nak kata harga emas sentiasa naik, harga emas ada juga turun. Betul ker emas tak boleh dimanipulasi macam duit kertas?
Alhamdulillah, misteri ni akhirnya terjawab dalam Gold & Precious Metals Price Outlook Symposium 2014 hari tu. Ia seminar sehari anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 lepas di Hotel Istana. Yang paling menarik, ada 9 topik dibentangkan oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan emas dan perak termasuk pengeluar barang kemas, pelombong emas, analyst, spot gold trader, dan ahli World Gold Council sendiri.
Misteri Kejatuhan Harga Emas
Dalam seminar tu, satu topik hangat dibincangkan oleh ahli panel iaitu kenapa harga emas boleh crash (jatuh mendadak) pada April 2013? Sedangkan permintaan EMAS FIZIKAL semakin meningkat, dan supply dari lombong semakin berkurangan termasuk disebabkan kos pengeluaran meningkat mendadak. Nampaknya pergerakan harga emas tak seiring dengan permintaan sebenar emas fizikal.
Ahli panel masing-masing bagi pendapat dan akhirnya mereka semua bersetuju, harga emas JANGKA PENDEK bukan digerakkan oleh permintaan sebenar emas fizikal, tapi digerakkan oleh pelaburan “paper gold” atau “emas maya”. Emas maya ni termasuklah pelaburan-pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank dan institusi kewangan yang mana emasnya memang tak wujud. Beli emas, tapi cuma dapat kertas jer.
Peluang Pemilik Emas Fizikal
Jumlah EMAS MAYA yang didagangkan mencecah 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud dalam dunia sekarang. Tapi untuk jangka panjang, harga emas digerakkan oleh permintaan sebenar EMAS FIZIKAL. Harga emas turun sekarang ni sebenarnya ‘rahmat’ bagi pembeli emas fizikal. Kita boleh dapat benda mahal (emas fizikal) dengan harga yang murah.
Emas ni lagi jatuh harganya, lagi orang beli. Tapi kalau duit kertas, lagi jatuh, lagi orang lari. Emas bekalannya terhad. Emas tak boleh ditambah pengeluarannya dengan mudah. Lombong emas ambil masa at least 8 tahun untuk keluarkan gold bar pertama bermula dari proses exploration. Dan tak pernah ada satu zaman dalam sejarah manausia, emas dianggap terlalu banyak dan berlebihan di pasaran. Tapi duit kertas boleh dicetak seberapa banyak yang orang mahu hinggakan duit tu jatuh kuasa belinya.
Statistik yang dikeluarkan oleh Thomson Reuters menunjukkan tahun 2013, supply emas fizikal “tak cukup” 703 tonnes berbanding permintaan. Walaupun supply-nya defisit, harga emas 2014 turun lebih rendah dari tahun 2013. Ini yang menjadi ‘misteri’.
Saya nak quote coretan daripada reseach tentang isu ini oleh Casey Research bertajuk “Physical Gold vs. Paper Gold: The Ultimate Disconnect”:
“I think the fundamentals (physical gold) will drive the long-term market more than these short-term events. The fight between pricing from the physical (gold) market for bullion and that from the “paper market” of futures is showing signs of discrimination and disagreement, as the physical market is booming, while prices set by futures are seemingly pressured to go nowhere.
In short, I think this is a strong buying opportunity“
Kesimpulan
Kesimpulannya:
- Pergerakan harga emas jangka pendek yang tak stabil dipengaruhi oleh trading emas maya. Harga emas turun naik ni sebenarnya bukan ditentukan oleh emas fizikal samada berbentuk barang kemas, gold bar atau gold coin.
- Dari sudut jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik disebabkan oleh pengeluaran lombong yang terhad sedangkan permintaan semakin meningkat. Ditambah lagi dengan kuasa beli wang fiat (duit kertas) yang sentiasa susut dalam jangka panjang.
- Kalaulah pelabur emas maya minta penyerahan emas-emas mereka secara fizikal, pastinya harga emas akan melompat naik sebab dagangan emas maya terlalu besar berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud.
Saya nampak situasi kewujudan “emas maya” ni sebahagian daripada kospirasi ekonomi oleh barat supaya emas yang sepatutnya jadi pengukur nilai sebenar boleh juga dimanipulasi sebagaimana duit kertas. Kita boleh baca artikel bagaimana bank-bank besar di barat terlibat secara langsung memanipulasi harga emas. Harga emas yang tak stabil ni boleh ‘menipu’ dunia bahawa emas bukanlah aset yang selamat untuk disimpan, sedangkan dalam statistik, negara-negara barat adalah penyimpan emas terbesar dunia.
Ramai pakar-pakar percaya, skandal manipulasi ini tak akan bertahan lama. Ia pasti terbongkar dan akhirnya, harga emas tetap akan didagangkan mengikut demand & supply-nya yang sebenar. Jadi siapa beli emas fizikal untuk lindungi kekayaan terutamanya dari bencana kewangan, jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Yang paling penting, cuba cek dah berapa gram emas yang kita ada?
Wallahu a’lam.
Dipetik dari: http://www.mohdzulkifli.com/ -mentor emas saya 😃
Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai