Sunday, 24 August 2014

GAP cara labur emas modal kecil

Pada Julai 2014 Public Gold telah mengumumkan produk dan servis paling inovatif mereka iaitu Gold Accumulation Program (GAP), atau boleh diterjemahkan sebagai Program Akumulasi Emas.
Pada mulanya GAP boleh dibeli dalam gandaan RM50 (dah naik ke RM 100), namun sekarang boleh dibeli dalam gandaan 1gram supaya patuh syariah.
Ia lebih kurang sama dengan Akaun Simpanan Emas yang ditawarkan oleh bank-bank lain di Malaysia, namun yang istimewanya, bila kita depositkan duit, Public Gold akan allocate emas FIZIKAL 999.9 untuk kita on pool basis. Kalau bank lain, dia tulis kat kertas/cetak dalam buku akaun je. Yang ni kita boleh pilih sama ada nak PG simpankan atau kita simpan emas fizikal tu (minimum untuk keluarkan 1gram).

Lebih kurang sama macam apa yang ditawarkan oleh bank Ar-Rajhi dan Kuwait Finance House (emas 995) yang patuh syariah kerana memang ada emas fizikal yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Apa-apa baki emas dalam akaun tu, PG akan simpankan secara PERCUMA tanpa sebarang caj. Dan lagi best sebab emas PG ialah 999 berstatus LBMA (London Bullion Market Association) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, serta bebas GST!

Berita baik! Kaedah GAP ini telah pun disahkan patuh syariah oleh badan penasihat syariah antarabangsa, Amanie Advisor yang diterajui Datuk Dr. Mohd Daud Bakar

Jadi, macam mana nak tau harga GAP ni? OK, boleh cek harga emas harian di website www.publicgold.com.my. Harga GAP dalam kotak biru- Gold Accumulation Program (24K).

Harga GAP akan dikemaskini sekali sehari jam 12 tengah malam (atau 2 kali sehari, biasanya pada jam 12 tengah hari sekali lagi dalam kondisi kewangan dunia yang tidak menentu). Ada 2 baris harga, baris atas harga emas dalam gram untuk RM100; baris kedua, harga emas untuk satu gram dalam RM.

Bila tengok harga tu dah OK dan sahabat setuju untuk pembelian kaedah GAP, boleh buat bayaran terus kepada PG pada hari yang sama (supaya harga GAP tak lari; minimum RM100) ke nombor akaun Public Gold (PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.- Maybank 5571 3923 8048 atau Public Bank 3167 52 0833). Simpan payment slip baik-baik untuk rujukan.

Lepas buat bayaran, kena notify PG dalam format tertentu untuk bagitau yang kita dah buat bayaran- sama ada SMS/ WhatsApp/ WeChat ke nombor 017-4866 916

Untuk yang baru pertama kali (belum ada kod PG), taip;
"NEW CUSTOMER
a. Nama penuh
b. No ic
c. No telefon
d. Email
e. Jumlah yang dibank in
f. Tarikh bank in
g. Masa bank in
h. Introducer : PG040197 Norazharina Mat Amin" (atau mana-mana dealer yang sahabat percayai, untuk mudahkan urusan follow up dengan PG jika ada masalah. Untuk pembeli dalam network saya, support group disediakan :)

Attach kan sekali slip bayaran supaya PG boleh sahkan bayaran. Ini contoh yang saya dah buat. 



Kalau pakai SMS tapi tak boleh nak hantar MMS utk payment slip tu, boleh emailkan softcopy/snapshot pada dealer anda atau gap@publicgold.com.my sebagai bukti pembayaran. Arahan yang disediakan Public Gold di sini (tapi mungkin dah outdated).

*Untuk existing customer yang dah ada PG Code, ada step baru untuk upload payment slip terus di web PG- tak perlu lagi email/WhatsApp. Sekarang dah boleh top-up GAP secara FPX. Hanya perlu Login dan klik butang BUY NOW (butang biru bulat pada gambar harga GAP)- Ada RM 1 processing fee

Bila PG dah sahkan bayaran diterima, PG akan update penyata GAP yang akan rekod berapa gram emas yang anda ada. Boleh semak GAP statement secara online di web PG dalam masa 2 hari bekerja. Login guna PG code yang diberi dalam email sebagai username dan 12-digit no. IC sebagai password, klik > My GAP **Penting untuk tukar password lepas first-time login

Jika ada lebih daripada 2 gram, sahabat dah boleh keluarkan emas tu. Call dulu cawangan PG terdekat untuk reserve item yang sahabat nak. Pergi ke cawangan tu dan bawa IC anda sebagai bukti anda pemegang akaun GAP.

Goldbar 1gram 999.9 PG berstatus LBMA pelbagai edisi- dari atas: Edisi Merdeka MY60, newborn, wedding, hari jadi dan Tahun Baru Cina (tahun ayam)
Tapi, nasihat saya, kalau nak nampak untung cepat, tak perlu keluarkan lagi kalau setakat 1gram sebab spread tinggi (9% utk 1g bar LBMA yg berseal dlm keadaan asal yg baik, tidak dibuka. Kalau buka, kira used gold- spread 10%) dan ada caj premium RM 10 utk setiap bar 1gram (utk kos tempaan, pengangkutan dari Turkey dsb). Kalau boleh, tunggu hingga cukup 10gram (spread masih 9%, premium charge RM 10-jauh lebih murah per gram) atau 20gram (spread 8%, premium charge RM 15) atau lagi berat lagi bagus. Tapi kalau nak simpan sebagai koleksi atau hadiah OK je sebab jumlah harga yang dibayar untuk 1gram melalui GAP jauh lebih murah berbanding kedai/syarikat emas lain. Baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang spread. Lagipun, PG tidak kenakan caj simpanan. Berbeza dengan AGSS.

Pastikan ada baki minimum 1g untuk akaun GAP kita kekal aktif. Jika nak keluarkan semua pun boleh, tapi ada caj RM 50 untuk activate semula. Nak tau ada berapa banyak baki dalam akaun? Boleh cek online di website PG > My GAP > Statement.

***PENTING: Sila update bahagian Penama/nominee di bawah My Account > My Profile supaya waris kita boleh URUS kan baki akaun GAP kita bila kita meninggal. Pernah terjadi kes pemegang akaun GAP meninggal beberapa bulan sahaja lepas buka akaun, jadi kalau sudah letak penama, akan lebih mudahkan urusan PG dan waris inshaAllah 

GAP ni sesuai bagi mereka yang nak kumpul emas dengan budget sikit-sikit (setiap kali simpan 1gram dengan harga sekitar RM 200) dan tak mahu leceh-leceh simpan emas tu sendiri (takut nak simpan kat rumah, takut tak boleh tidur malam atau susah nak keluar masuk bank sewa safe deposit box). 
*Petunjuk harga GAP: Jan 2016- RM 160+/g; Feb-Mac-April 2016- RM 170-180+/g; Jun-Jul 2016- RM 180-190+/g hingga Apr-Mei 2017; 2018 average RM185; 2019 highest RM212 setakat 10 Ogos

OK, saya harap penjelasan ni sedikit-sebanyak bantu anda faham apa itu GAP. Apa-apa pertanyaan boleh contact saya atau LIKE dan PM saya di facebook.com/emas1001 [FB page: Goldmate]

Norazharina Mat Amin 
PG040197 
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com
Updated 11 August 2019

Saturday, 9 August 2014

Kenapa Harga Emas Jatuh (2013-2014)?

Pelik, kalau emas tu tak boleh dikeluarkan (dari lombong) sesuka hati macam duit kertas, kenapa harga emas ada turun naik secara aktif? Bahkan, kenapa harga emas boleh turun sampai 30% berbanding harga tertinggi tahun 2011 dulu? Persoalan ni agak membingungkan ramai penyimpan emas. Nak kata harga emas sentiasa naik, harga emas ada juga turun. Betul ker emas tak boleh dimanipulasi macam duit kertas?
Alhamdulillah, misteri ni akhirnya terjawab dalam Gold & Precious Metals Price Outlook Symposium 2014 hari tu. Ia seminar sehari anjuran Bursa Malaysia pada 28 Jun 2014 lepas di Hotel Istana. Yang paling menarik, ada 9 topik dibentangkan oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang berkaitan emas dan perak termasuk pengeluar barang kemas, pelombong emas, analyst, spot gold trader, dan ahli World Gold Council sendiri.


Misteri Kejatuhan Harga Emas

Dalam seminar tu, satu topik hangat dibincangkan oleh ahli panel iaitu kenapa harga emas boleh crash (jatuh mendadak) pada April 2013? Sedangkan permintaan EMAS FIZIKAL semakin meningkat, dan supply dari lombong semakin berkurangan termasuk disebabkan kos pengeluaran meningkat mendadak. Nampaknya pergerakan harga emas tak seiring dengan permintaan sebenar emas fizikal.
5 tahun harga emasHarga emas 2014 kekal rendah walaupun permintaan emas fizikal meningkat.
Ahli panel masing-masing bagi pendapat dan akhirnya mereka semua bersetuju, harga emas JANGKA PENDEK bukan digerakkan oleh permintaan sebenar emas fizikal, tapi digerakkan oleh pelaburan “paper gold” atau “emas maya”. Emas maya ni termasuklah pelaburan-pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank dan institusi kewangan yang mana emasnya memang tak wujud. Beli emas, tapi cuma dapat kertas jer.


Peluang Pemilik Emas Fizikal

Jumlah EMAS MAYA yang didagangkan mencecah 50 kali ganda lebih banyak berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud dalam dunia sekarang. Tapi untuk jangka panjang, harga emas digerakkan oleh permintaan sebenar EMAS FIZIKAL. Harga emas turun sekarang ni sebenarnya ‘rahmat’ bagi pembeli emas fizikal. Kita boleh dapat benda mahal (emas fizikal) dengan harga yang murah.
Emas ni lagi jatuh harganya, lagi orang beli. Tapi kalau duit kertas, lagi jatuh, lagi orang lari. Emas bekalannya terhad. Emas tak boleh ditambah pengeluarannya dengan mudah. Lombong emas ambil masa at least 8 tahun untuk keluarkan gold bar pertama bermula dari proses exploration. Dan tak pernah ada satu zaman dalam sejarah manausia, emas dianggap terlalu banyak dan berlebihan di pasaran. Tapi duit kertas boleh dicetak seberapa banyak yang orang mahu hinggakan duit tu jatuh kuasa belinya.
statistik permintaan dan penawaran emas duniaStatistik yang dikeluarkan oleh Thomson Reuters menunjukkan tahun 2013, supply emas fizikal “tak cukup” 703 tonnes berbanding permintaan. Walaupun supply-nya defisit, harga emas 2014 turun lebih rendah dari tahun 2013. Ini yang menjadi ‘misteri’.
Saya nak quote coretan daripada reseach tentang isu ini oleh Casey Research bertajuk “Physical Gold vs. Paper Gold: The Ultimate Disconnect”:
“I think the fundamentals (physical gold) will drive the long-term market more than these short-term events. The fight between pricing from the physical (gold) market for bullion and that from the “paper market” of futures is showing signs of discrimination and disagreement, as the physical market is booming, while prices set by futures are seemingly pressured to go nowhere.
In short, I think this is a strong buying opportunity


Kesimpulan

Kesimpulannya:
  1. Pergerakan harga emas jangka pendek yang tak stabil dipengaruhi oleh trading emas maya. Harga emas turun naik ni sebenarnya bukan ditentukan oleh emas fizikal samada berbentuk barang kemas, gold bar atau gold coin.
  2. Dari sudut jangka panjang, harga emas akan sentiasa naik disebabkan oleh pengeluaran lombong yang terhad sedangkan permintaan semakin meningkat. Ditambah lagi dengan kuasa beli wang fiat (duit kertas) yang sentiasa susut dalam jangka panjang.
  3. Kalaulah pelabur emas maya minta penyerahan emas-emas mereka secara fizikal, pastinya harga emas akan melompat naik sebab dagangan emas maya terlalu besar berbanding emas fizikal yang benar-benar wujud.
Saya nampak situasi kewujudan “emas maya” ni sebahagian daripada kospirasi ekonomi oleh barat supaya emas yang sepatutnya jadi pengukur nilai sebenar boleh juga dimanipulasi sebagaimana duit kertas. Kita boleh baca artikel bagaimana bank-bank besar di barat terlibat secara langsung memanipulasi harga emas. Harga emas yang tak stabil ni boleh ‘menipu’ dunia bahawa emas bukanlah aset yang selamat untuk disimpan, sedangkan dalam statistik, negara-negara barat adalah penyimpan emas terbesar dunia.
Ramai pakar-pakar percaya, skandal manipulasi ini tak akan bertahan lama. Ia pasti terbongkar dan akhirnya, harga emas tetap akan didagangkan mengikut demand & supply-nya yang sebenar. Jadi siapa beli emas fizikal untuk lindungi kekayaan terutamanya dari bencana kewangan, jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Yang paling penting, cuba cek dah berapa gram emas yang kita ada?
Wallahu a’lam.


Dipetik dari: http://www.mohdzulkifli.com/ -mentor emas saya 😃


Norazharina Mat Amin 
PG040197 
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

Friday, 30 May 2014

Asas tentang harga emas

Berikut adalah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu tentang harga emas.

Harga Daily dan Spot
Emas diniagakan di seluruh dunia pada harga yg dipersetujui bergantung kpd permintaan dan penawaran (demand and supply). Harga Daily (harian) ditetapkan dua kali sehari di London Exchange pada jam 10.30pg (London AM) dan 3.00ptg (London PM), juga pada penutup hari perniagaan di New York Exchange. Biasanya harga ini diguna pakai oleh kedai emas biasa yang menukar harga emas mereka setiap sehari (biasanya sekali sehari, paling banyak 2 atau 3 kali).
Harga Spot pula merujuk pergerakan harga setiap minit yang membentuk graf seperti di atas. Harga ini bersama-sama dengan kadar tukaran USD/RM yang menentukan pergerakan harga Public Gold setiap 20 minit seperti yang dipaparkan di laman webnya.

Harga spot boleh didapati di kitco.com di mana anda juga boleh dapatkan sejarah harga untuk logam berharga lain seperti perak, platinum dll. Graf adalah dalam USD/oz (troy auns) di mana 1 troy auns bersamaan dgn 31.104g.

Caj Premium
Semua jongkong/bar dan koin/syiling emas dijual dengan caj premium (tambahan) ke atas harga spot atau daily. Premium ini adalah kos pengeluaran (penulenan/tempaan) untuk menukar emas mentah kepada emas yang boleh dijual. Biasanya, semakin besar/berat jongkong/bar/koin/syiling itu, caj premium per gram atau per troy auns akan berkurang. Caj premium ini juga termasuklah untuk caj tukang, pengangkutan dll.

Harga Beli dan Jual
Sama seperti kadar tukaran asing (FOREX), emas mempunyai harga jual dan beli yang berlainan. Ini disebut sebaran margin (margin spread) atau sesetengah orang menyebutnya 'susut nilai'. Caj premium yang dikenakan semasa belian biasanya tidak diambil kira sewaktu jualan balik kpd peniaga.

Harga Public Gold (PG)
PG sangat telus dalam penetapan harganya dgn memaparkan senarai harga pada laman web nya 24 jam sehari, dikemaskini setiap 20 minit. Ini adalah satu kelebihan kpd pembeli jika harga naik/turun secara mendadak walaupun sekejap sahaja, tidak seperti di kedai emas biasa. Berikut adalah snapshot dari laman web PG.**Screenshot terkini berbeza sedikit dengan penambahbaikan web PG**

Harga PG Sell (harga kita beli) dan PG Buy (harga kita jual) sesuatu item mempunyai sebaran margin/spread yang tetap seperti dalam jadual di atas, sebelah kanan. Anda boleh buat kiraan sendiri, contohnya utk 100g bar- spread nya ialah 5%.
Spread = [(PG Sell-PG Buy) / PG Sell] x 100% = [(14,976-14227) / 14976] x 100% = 5%
atau, harga PG Sell RM 14,976 - 5% spread @ x0.95 = RM 14,227.00 iaitu harga PG Buy (dibundarkan).

Kadar premium yang terkini (sebelum ini dikenali sebagai caj transport) untuk produk berstatus LBMA ialah seperti berikut:
Premium ini merangkumi kos tempaan (minting), pengangkutan dari Turki ke HQ kemudian ke branch PG dan sebagainya

Kadar spread baru yang diumumkan ialah 6-9% (efektif 1 Januari 2017) untuk produk LBMA bebas GST:
Kadar spread terkini untuk item PG berstatus LBMA. Untuk item PG lama yang berstatus non-LBMA, spread ialah 10%- sama juga dengan item LBMA yang telah dibuka seal nya
Apabila harga emas meningkat melebihi kadar spread, anda sudah mendapat untung kerana anda boleh jual pada harga yang lebih tinggi daripada harga belian sebelumnya.

Waktu terbaik utk lock harga ialah ketika harga spot emas dan kadar tukaran USD/RM tengah rendah. Tapi berapa rendah tu bergantung kepada individu. Jika anda pernah buat belian sebelum ni, anda mungkin sudah ada benchmark tersendiri. Jika tidak, akan mungkin nak tengok sejarah harga emas- biasanya hanya ditunjuk dalam USD.

Utk pengetahuan, harga tertinggi 1 dinar PG (4.25g koin emas 916) dalam sejarah ialah sekitar RM 830 pada tahun 2011. Pada April 2013, harga emas turun mendadak hingga 1 dinar menjadi RM 550 sebelum naik balik ke paras RM 658 (tertinggi dalam tempoh 6 bulan) sebelum turun semula pada akhir 2013. Dari awal tahun 2014, harga emas naik hingga melebihi RM 620 dan hari ini 30 Mei 2014, turun semula hingga RM 578. Sekarang, Nov 2014 menyaksikan harga paling rendah RM 530+. 2015 menyaksikan trend harga emas yang masih rendah hingga lah RM mengalami kejatuhan mendadak menyebabkan harga emas di Malaysia meningkat. Sekarang Mac 2016, harga 1 dinar 999 sekitar RM 780. Sila semak laman web PG untuk harga terkini.

Bagaimana harga PG dibandingkan kedai emas lain
Dari pemerhatian saya, banyak kedai emas mengenakan caj premium yang lebih tinggi. Contoh sebenar:
#1- 14 Jan 2014: Harga 10g bar 999 WC RM 1600, harga 10g bar 999 PG hanyalah RM 1449 (beza 10%)

#2- 20 Feb 2014: Harga 10g bar 999 PK RM 1710 (harga beli balik RM 1500- spread sebanyak 13% jika emas dan 'bungkusan' nya berada dlm keadaan 'perfect'- tidak calar/koyak/terbuka dan bawa sekali resit) Jika tidak, spread terus jadi 25%- harga beli balik hanya RM 1275.
Harga PG pula hanyalah RM 1516 (PG Sell) dan RM 1422 (PG Buy), spread 8%.
Harga belian dari PK lebih tinggi sebanyak 13%.

Dato' Louis Ng, pengasas dan pengerusi Public Gold pernah menyebut dalam artikel yang dipaparkan dalam majalah 'UNRESERVED' (isu Jan 2014) bahawa caj premium PG hanyalah antara 5-8% ke atas harga emas antarabangsa. Kedai emas biasa pula meletakkan lebih 15%- margin yang sangat tinggi.

Sedia untuk membuat pilihan terbaik? Baca sini untuk cara-cara buat pembelian. Atau boleh tinggalkan mesej di bawah/hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)

Wednesday, 16 April 2014

Cara bayar kepada Public Gold

Tahniah kerana anda telah berjaya order dari Public Gold mengikut 2 langkah mudah di sini atau menerusi smartphone anda di sini. Seterusnya, ada 2 langkah lagi iaitu:
3. Bayar
4. Ambil emas anda!

#3. Bayar
Selepas anda selesai buat tempahan/order, anda sepatutnya terima Sales Order (SO) email yg rupanya lebih kurang mcm ni, bersama dengan Sales Order PDF attachment
Perhatikan perkara penting yang saya garis dan kotakkan- PG/Account Code (garis kuning oren), Doc./SO no. (garis biru), nama dan no. akaun Public Gold (kotak hijau) dan notis pembatalan order (kotak merah).

OK, lepas dah baca boleh lah buat pembayaran dalam masa 24jam melalui beberapa cara spt berikut (sila pilih satu yg plg mudah untuk anda).
a. Tunai di cawangan Public Gold- terhad kepada transaksi yang jumlahnya RM3,000 dan ke bawah sahaja
b. Deposit tunai di KAUNTER Public Bank/Maybank- tiada had jumlah, tapi dinasihatkan pembayaran dibuat di kaunter, bukannya mesin (utk mengelakkan hal yg tak diingini spt mesin kehabisan resit/ resit tak keluar)
c. Pindahan Internet (Online Banking)- jumlah terhad mengikut bank anda, selalunya RM10,000 sehari. Jika lebih, kena lah buat beberapa hari.
d. Telegraphic Transfer (TT)- jumlah terhad mengikut bank anda
e. Cek- amaun <RM25k perlukan 5 hari bekerja utk clearance, 8 hari bekerja untuk >RM25k

Kalau saya, saya suka pakai Online Banking je sebab senang boleh buat dari rumah/mana-mana tempat yang ada Internet connection. Inter-bank Giro caj baru 10 sen. Tapi kalau lebih RM10k, sila call cawangan PG terdekat anda untuk beritahu berapa hari yang anda perlukan untuk bayar penuh. Nak email branch manager pun boleh.
Contoh kalau buat pembelian RM15k, hari pertama bayar RM10k, hari kedua bayar baki RM5k. Nak buat RM7.5k+7.5k pun boleh, bgtau je PG masa call tu.

Masa buat pembayaran, SANGAT PENTING untuk nyatakan Customer Acc Code/PG code anda (PG****** atau TEMP****) dan Sales Order/Doc. No (PM****** atau CSO****** atau MSO******). Semua ni boleh didapati dari email kat atas tu atau Sales Order PDF attachment.

Bila dah buat pembayaran, dapatkan slip pembayaran asal dan SIMPAN ELOK-ELOK slip tu. Ambil gambar slip pakai handphone anda sbg bukti pembayaran dlm bentuk softcopy. Kalau rajin, boleh scan pakai scanner.

Kalau buat Pindahan Internet (Online Banking), biasanya akan keluar 'Confirmation Page' macam kat bawah ni. Anda boleh 'Print Screen' page tu dan 'save' dlm softcopy sbg bukti bayaran. Print kan page tu sbg slip pembayaran asal.
Softcopy ni hendaklah di-emailkan kepada payment@publicgold.com.my dalam masa 24jam selepas pembayaran dibuat. Boleh juga fax kan ke no +604-6464916

Nota: Sesetengah bank mmg ada field Recipient's Email Address masa buat Internet Transfer. Walaupun anda dah letak payment@publicgold.com.my kat situ, ia tak dikira sbg bukti pembayaran. Anda kena emailkan jugak softcopy tadi dari email anda.


Nota lagi: Jika anda buat bayaran beberapa kali, contoh dlm kes RM15k tadi, emailkan bukti bayaran setiap kali lepas bayar.

Anda akan terima Acknowledgment email dari Public Gold macam ni.


#4. Ambil emas anda!
Sebelum anda pergi ke cawangan PG terdekat untuk ambil emas, anda dinasihatkan untuk call mereka dulu (nombor telefon di sini) dalam 1-3 hari sebelum, utk buat appointment dan bagi lancarkan proses nanti. Hari sabtu pun boleh ambil sbb PG bukak separuh hari.

Jangan lupa bawa sekali SLIP PEMBAYARAN ASAL dan salinan Sales Order. Anda kena ambil emas dalam masa 2 bulan dari tarikh Sales Order. Jika tidak, PG akan simpankan untuk anda dan caj 1% dari harga belian emas akan dikenakan (2% untuk perak) atau minimum RM50 utk setahun.

Dan..selesai! Tahniah, anda telah berjaya memiliki emas fizikal anda sendiri! Mudah saja kan? Sekarang simpan emas anda baik-baik demi masa depan yang cerah, inshaAllah.

Jika ada masalah, anda boleh contact saya. Atau jika ada kekangan lain untuk buat belian, berikan saja maklumat anda iaitu: nama penuh, no. IC, no. handphone, e-mail address dan lokasi anda di Malaysia (Indonesia, Singapore, Brunei etc pun boleh).

Selamat berjaya!

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)

Sunday, 13 April 2014

Cara mudah beli emas Public Gold online

Ramai orang berminat nak beli emas. Tapi selalunya orang tak ada masa nak survey harga emas setiap kedai untuk dapatkan harga terbaik. Ada cara yang lebih senang dan terjamin jauh lebih murah dari kedai- dari website Public Gold.

Betul ke lebih murah? Baca di sini.

Kenapa harus beli dari Public Gold? Baca di sini.

Kesimpulannya, saya sendiri memilih Public Gold (PG) kerana
1. PG ialah syarikat terkemuka (memenangi banyak anugerah- Malaysia Book of Records, The Brand Laureate dll) dan diiktiraf (kelulusan BNM dan mengeluarkan koin koleksi Diraja sempena pertabalan Agung Malaysia)
2. Harga yang amat berpatutan dan spread/susut-nilai yang lebih rendah berbanding kedai
3. Urusannya mudah (jika anda tahu caranya- sebab itu anda perlukan Introducer/dealer)
4. Gerenti beli balik emas oleh PG

Ada 4 langkah asas untuk dapatkan emas Public Gold
1. Daftar/Register (untuk pertama kali sahaja)
2. Tempah/Order
3. Bayar
4. Ambil emas anda!

OK, bersedia untuk membeli? Mari kita mulakan.**Screenshot terkini berbeza sedikit dengan penambahbaikan web PG**

#1. Daftar (Register) di website www.publicgold.com.my
Dari Home Page, anda akan nampak senarai harga PG Sell dan PG Buy. Harga yang kita akan pakai untuk beli nanti ialah PG Sell. Sekarang, klik 'Login'

Anda akan sampai ke page ini

Cari dan klik pada perkataan 'Register' dan skrin seterusnya akan keluar. Isi maklumat yang diperlukan (tips: isi mana yang bertanda * sahaja, yang lain-lain akan ditanya lagi ketika anda isi borang masa collect emas di cawangan nanti).
(tips lagi: password nanti boleh tukar, daftar utk pertama kali ini adalah untuk username sementara sahaja)

Di bahagian Introducer, anda boleh letak mana-mana PG dealer yang perkenalkan anda pada Public Gold. Jika belum ada, boleh letak PG code dan nama saya- PG040197, Norazharina Mat Amin. Nanti jangan lupa WhatsApp saya di  +6013-2092404 sekurang-kurangnya untuk perkenalkan diri anda. Jika ada masalah atau perlukan bantuan dan konsultasi, boleh lah hubungi saya di no. tersebut (secara WhatsApp lebih baik) atau email saya azharina.amin@gmail.com. Saya komited membantu anda, inshaAllah kerana saya juga berada dalam kumpulan PG dealer yang aktif di bawah bimbingan Master Dealer En. Mohd Zulkifli.

Bila dah siap isi, klik OK. Anda akan terima email yang mengandungi activation link, temporary username dan password yang anda dah pilih tadi. Klik activation link tu dahulu.
Kemudian pergi ke Login page balik, dan boleh lah login menggunakan username dan password dalam email tadi. Sekarang anda dah sedia untuk tempah/booking harga.

#2. Tempah/Order
Harga di website Public Gold bergerak setiap 20 minit ikut harga emas dunia. Tidak seperti kedai emas yang paling banyak pun 2 kali sehari saja tukar. Jadi, kita boleh maksikakan peluang bila harga tiba-tiba menjunam naik/turun 24 jam sehari.

Bila dah puas hati tengok harga di Home page, klik pada Order > Place Order.

Nanti akan keluar Terms of Sale, jika setuju, klik OK. Anda akan sampai di Order Placement Page.

Pilih item yang dikehendaki dengan memasukkan kuantiti yang anda mahu. Di bawah nanti ada opsyen 'Order for'. Klik pada 'Myself' (Third Party dan New Buyer untuk kegunaan dealer shj.). Isikan butiran yang diminta.

Di bawah lagi ada 3 menu drop-down:
#2.1 Payment Option: Full Payment (bayar lump sum) dan Easy Payment Purchase (4 kali bayaran selama 4 bulan dengan caj 0.5% daripada jumlah harga belian, dicaj sekali sahaja pada bulan pertama)
#2.2 With (nak bayar ke akaun bank Public Gold mana yg anda suka): Public Bank Berhad atau Maybank Berhad
#2.3 Collect from: Pilih lah cawangan terdekat anda daripada 17 outlet seluruh Malaysia untuk ambil emas nanti. Untuk cawangan Relau and Bishop di Pulau Pinang, tiada caj pengangkutan dikenakan.

Letakkan apa-apa nota (jika perlu) dalam ruangan 'Remarks on Order', sbg contoh -New buyer, Introducer: PG040197 (Norazharina). Klik butang 'Update Cart' dan 'Grand Total' akan muncul di mana jumlahnya termasuk caj pengangkutan (utk Dinar, tiada caj pengangkutan bg Semenanjung. Utk jongkong/bar, caj nya ialah RM5-300. Butiran terperinci di sini). Bila semua OK, klik 'Check Out'.

Page seterusnya akan tunjuk Booking Order (Sale) dengan butiran dan kuantiti item yang anda dah pilih, bersama-sama dengan Terms & Conditions (semua maklumat ini akan di-email kan pada anda nanti). Jika ada lagi nak ubah, boleh klik 'Change Order'. Kalau tak ada apa-apa, double-check shj lagi sekali sbb SGT PENTING semua info tempahan anda betul sebelum anda klik butang 'Confirm Order'.

Bila dah klik 'Confirm Order'- TAHNIAH! Anda baru saja berjaya buat tempahan (tak kisah lah jika lepas ni harga naik, anda cuma perlu bayar harga yg anda baru booking tadi. Kalau harga turun pun, sama jugak hehe).

Page Booking Order (BO) akan keluar dan auto-generated email akan dihantar ke email Inbox anda mengandungi PDF attachment BO tersebut.
Anda dah boleh lah buat bayaran ikut arahan yang diberi ATAU tunggu Public Gold emailkan Sales Order (SO) dahulu. Jika tempahan dalam jam bekerja, anda akan dapat lagi satu email status Booking Order (BO) bertukar dari Order Placed ke Order Confirm.

Tak lama lepas tu, anda akan terima email yang mengandungi Sales Order (SO) dalam PDF attachment. Biasanya email ni dikeluarkan oleh cawangan pilihan anda masa buat booking tadi. Ambil perhatian pada Doc. No. (nombor Sales Order) dan A/C code (kod PG khusus utk anda) kerana anda perlu nyatakannya semasa buat pembayaran.

Tapi jika anda tak terima juga Sales Order dalam masa 24 jam/pada hari kerja berikutnya, anda boleh lah follow-up dgn dealer anda (saya lah tu- WhatsApp 013-209 2404) atau terus call Public Gold hotline +604-643 9999. Atau jika dah terima SO tapi ada silap, sila beritahu pada PG jugak utk buat pembetulan.

Cara pembayaran dan pengambilan emas, saya sambung dlm post seterusnya, OK? 

Ingin bermula serendah 1 gram sahaja dengan GAP? Baca sini http://emas1001.blogspot.my/2014/08/gap-salah-satu-cara-simpanan-emas.html

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)

Monday, 31 March 2014

Aplikasi Public Gold (app) untuk iPhone iOS

OK, sbb saya hanya pakai iPhone, jadi saya nak tunjuk cara cek harga, lock harga/booking dan set price alert dgn mudah guna iPhone. App Public Gold ni juga boleh didapati untuk Android (Google Play) dan Blackberry.

1- Muat turun Public Gold app dari Apple App Store

2- Launch App dan anda akan dibawa ke Home page. Biasakan diri anda dengan 5 icons di bawah, dari Home hingga Account. Juga 3 produk utama- Public Gold (bar), Public Dinar dan Public Silver. Sekarang klik Login.
Untuk pelanggan sedia ada, boleh masukkan Username, password dan klik Login. Jika pelanggan baru, tak perlu isi apa-apa, klik Register.

3- Register. Pastikan anda letak nama saya sebagai konsultan Public Gold anda (Norazharina Mat Amin) atau PG040197 (dealer code saya)  di ruang Introducer. Kalau ada apa-apa hal nak tanya atau follow up dgn PG nanti, boleh la saya bantu. Masukkan nama penuh, nombor IC dan no handphone anda. Customer address boleh biar kosong dulu. Nak isi terus pun boleh.

Scroll lagi ke bawah. Masukkan alamat e-mail anda. Tekan Register. 
Cek e-mail inbox, anda akan terima activation email berserta dengan temporary username dan password. Klik dahulu activation link tu, kemudian gunakan username dan password untuk Login spt di atas.

4- Untuk cek harga, klik pada Live Price. Klik pada Refresh button dalam bulatan hijau di bawah supaya harga yg anda lihat ialah harga yang terkini. Scroll ke bawah untuk lihat senarai harga penuh. Bila dah puas hati tengok harga dan tahu nak beli item mana, klik Booking. (Nampak bullet putih tu? Nanti saya akan cerita kemudian).

5- Booking. Bila klik pada booking, akan keluar Notice macam ni. Dah baca, tekan OK.
















Ada 4 drop-down menu
1- Order for Myself: pilih yg ni utk sendiri punya order, option lain iaitu new/existing customer utk kegunaan dealer shj.
2- Collect from: pilih cawangan terdekat dgn anda utk collect barang nanti 
3- Bank payment with: Maybank atau Public Bank, pemegang akaun PG. Anda boleh pilih mana-mana yg anda suka.
4- Payment type: Full payment/Easy Partial Payment (EPP ada admin caj 0.5%, dicaj pada bulan pertama daripada 4 bulan).
Pilih item mana yg nak beli. Contoh kat sini, saya nak beli 1 dinar emas dan 10 dirham perak. Klik icon (+) untuk nyatakan kuantiti item. Tekan sekali utk 1 item, 2 kali tekan utk 2 item, dan seterusnya. Kalau terlebih tekan, klik (-) untuk kurangkan jumlah.
Scroll ke bawah sekali untuk 10 dirham. Lepas masukkan semua kuantiti, tekan Sumbit. Tadaa! Dah siap booking.


Satu lagi Notice akan muncul yang bagitau Order anda telah dihantar.
Jika anda cek e-mail inbox, anda seharusnya terima auto-generated Booking Order (BO) yang tunjuk butiran pembelian anda tadi. Kalau booking dalam jam bekerja, anda akan terima Sales Order (SO) menerusi e-mail juga tidak lama selepas tu. Sekarang dah boleh buat pembayaran dalam masa 24 jam dan hantarkan slip bayaran sebagai bukti (penerangan lebih lanjut di sini.).


Kalau nak cek jumlah pembelian yang dah dibuat, boleh klik pada icon Account > Previous Purchase. Skrin akan tunjuk Order ID, bil pada siapa dan jumlah RM.

Perkara paling best saya rasa pada App ni ialah boleh set alert utk pricing. Kalau anda perasan, dekat Live Price page tadi ada tulis 'Click on price to set alert'- betul-betul kat bawah perkataan 'Booking'. So klik je mana-mana harga yg kita nak target, klik +/- utk tambah atau kurangkan harga dalam perbezaan RM10. (hint: harga PG Sell biasanya set pakai - sbb kita nak beli pd harga murah, PG Buy guna +). (Hint lagi: kalau item kecik mcm 1 dinar, mungkin lambat nak capai beza RM 10 tu, jd set kan pada item yg lebih besar spt 5 atau 10 dinar).

Bila dia dah save Target Price kita, dia akan tanda dengan bullet putih tu.

Bila harga tu sampai, nnt phone akan hantar alert. Jadi, tak payah sengkang mata kejap-kejap nak refresh harga/tgk graf sbb nak tau harga best ke tak :)

Cuma satu kekurangan pakai app ni, tak boleh nak masukkan Remarks masa booking. Jadi kalau nak buat booking biasa, tak ada mesej tambahan nak bagitau, then it's OK. Good for those yg nak cepat tak nak leceh membelek website PG. Kalau nak tambah apa-apa mesej, kena pegi dekat website jugak lah. Arahan step-by-step boleh rujuk di sini.

Orait, semoga post ni bermanfaat untuk anda.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

Monday, 10 March 2014

Tempat simpanan emas

Ada beberapa tempat yang boleh dijadikan tempat penyimpanan emas.

1- Peti Simpanan Keselamatan
Sesetengah bank menyediakan perkhidmatan peti simpanan keselamatan (safe deposit box) untuk disewa. Walaupun begitu, akses hanya terhad pada waktu bekerja/bank beroperasi sahaja. Ada syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan sama seperti di bank tetapi dengan waktu akses yang lebih fleksibel dan kadang-kadang dengan nilai insurans yang lebih tinggi. Contoh boleh dilihat di sini.

Public Safe vault
2- Rumah
Carilah tempat selamat atau yang tersembunyi untuk menyimpan emas anda dalam jumlah yang kecil. Namun, harus diingat masih ada risiko kebakaran, bencana alam seperti banjir, dan pecah rumah. Jangan simpan di tempat yang senang menjadi target seperti laci almari. Fikirkan tempat yang anda rasa orang lain tidak akan terfikir untuk cari di situ, seelok-eloknya tempat yang tinggi dan tidak mudah dialihkan.

3- Tanam di Halaman Rumah
Jika anda ada laman rumah, mungkin anda boleh tanam emas anda bila tiada orang sedang melihat. Masukkan emas dalam bekas kedap air dan udara terlebih dahulu. Tapi cara ni mungkin nampak kuno sbb ia sudah pun dilakukan oleh orang dulu-dulu seperti berita di US baru-baru ini, emas yang disimpan hampir 200 tahun ditemui semula. Cuma agak susah kalau nak keluarkan atau tambah lagi simpanan dgn kerap. Jangan pula dijualkan rumah tu sebelum anda gali semula 'harta karun' anda!

4- Allocated Gold Storage Service (AGSS)
Sesetengah penjual emas menyediakan perkhidmatan AGSS ini di mana, emas anda akan disimpan bagi pihak anda tanpa anda perlu ke kedai untuk mengambil atau menjualnya kembali. Kaedah ini amat baik untuk mereka yang tinggal jauh kerana kos perjalanan mungkin lebih mahal dari caj simpanan yang dikenakan. Anda juga akan mendapat peace-of-mind kerana tidak perlu menghadapi risiko kehilangan dan sebagainya.

Anda akan diberi nombor siri item dan foto sebagai bukti wujudnya barang belian anda. Emas ini akan disimpan dan tidak akan digunakan oleh pihak penjual untuk apa jua tujuan yang lain. Anda berhak mengambil emas anda bila-bila masa anda suka.

Public Gold menawarkan perkhidmatan ini dengan caj tahunan 1% daripada harga emas anda. Berita baik lagi- sekarang ada promosi untuk AGSS. Caj simpanan setahun ialah RM 30 SAHAJA untuk setiap item 250g dan 500g bar. Penjimatan yang amat menarik untuk kadar biasa iaitu lebih kurang RM 370+ untuk 250g dan RM 750+ untuk 500g. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Apa jua cara yang anda pilih, hanya beritahu pada orang yang anda percaya sahaja. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, mungkin terbaik jika anda gabungkan beberapa kaedah.

Macam mana nak dapat kan emas dgn cara dan harga yg terbaik? Klik sini

Kalau nak miliki emas, tapi tak nak simpan sendiri boleh consider GAP.

Bila dah cukup nisab dan haul simpanan emas, wajib keluarkan zakat. Baca lebih lanjut di http://emas1001.blogspot.com/2014/03/kewajipan-berzakat-atas-emas.html?m=0

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

Friday, 7 March 2014

Pengenalan kepada wang emas

Berikut adalah sedikit sejarah wang emas

Sejarah
Penggunaan syiling/koin emas paling awal telah dikesan sejak 561-546 BC (sebelum Masihi). Gambar berikut ialah syiling emas yang dibuat di Sardis di bawah pemerintahan Raja Croesus Lydian yang memperkenalkan sistem koin campuran dua jenis logam yang telah digunakan di negara Barat hingga abad ke-20.

Kepentingan syiling yang berumur lebih 2,500 tahun ini adalah kerana ia telah memungkinkan sistem pasaran terbuka yang pertama. Hasilnya adalah kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk awal di kawasan Mediterranean.

Dinar dan Dirham
Pada zaman Muhammad Rasulullah SAW, matawang yang diguna oleh orang Arab adalah Dinar (koin emas) dan Dirham (koin perak). Dinar dan Dirham pertama yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri adalah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman bin Affaan di mana perbezaan koin tersebut dengan yang asal ialah ukiran "dengan nama Allah" dalam bahasa Arab di bahagian tepi. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, 'standard'/piawaian syiling telah diperkenalkan di mana berat 10 Dirham bersamaan dengan 7 Dinar.
Koin emas dan perak kekal dalam bentuk logam berharga yang asli sehinggalah jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia pertama (1910s). Semenjak itu, pelbagai matawang kertas telah dicipta di setiap negara yang pernah dijajah. Namun banyak negara Arab lain seperti UAE, Maghribi, Qatar, Libya dan Iraq yang menggunakan istilah Dinar dan Dirham bagi merujuk matawang mereka walaupun tidak menggunakan logam yang berharga.

Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, emas masih lagi memainkan peranannya dalam transaksi wang antarabangsa kerana emas menjadi kayu ukur kepada matawang. Banyak empayar besar di dunia telah jatuh, bersama dengan matawang mereka yang menjadi World Reserve Currency. Yang terkini ialah Empayar British yang menyaksikan Great Britain Pound (GBP) jatuh sebagai simpanan dunia sehinggalah berakhirnya Perang Dunia ke-2. Kemudian, US Dollar (USD) mengambil alih tetapi pada 15 Ogos 1971, US menamatkan penukaran USD kepada emas. Dengan berakhirnya perjanjian Bretton Woods, matawang USD menjadi wang Fiat.

Wang Fiat (diambil dari istilah Latin yang bermaksud "let it become"/"let it be done"/it shall be") boleh diterjemahkan sebagai:
*apa sahaja wang yang diisytiharkan sesebuah kerajaan untuk jual beli yang sah
*wang tanpa nilai yang sebenar (kertas sebagai baucer)

Oleh sebab emas dunia dibeli dan dijual dalam US Dollar, maka kejatuhan nilai USD akan menyebabkan harga emas meningkat. Jika berminat beli emas fizikal yang berserta sijil pada harga yang amat berpatutan, silalah hubungi saya.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com



Kewajipan berzakat atas emas

Emas dan perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas kedua-dua logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
Ada sesetengah orang takut untuk beli emas sebab kena bayar zakat. Tapi perlu diingat, wang simpanan juga dikenakan zakat setelah syarat wajibnya dipatuhi, antaranya cukup nisab (kadar nilainya sama dengan 85 gram emas, kalau sekarang lebih kurang RM12,300- 7 Mac 2014), haul (tempoh pemilikan selama setahun) dan sempurna pemilikannya (termasuklah yang dalam akaun bank, kecuali bank tu dah bayarkan zakat macam Bank Islam dan Tabung Haji- Mulai tahun 2015, Bank Islam dah tak bayarkan zakat lagi).

Jumhur Ulama' Fiqhseep sepakat mengatakan wajib zakat pada matawang. Matawang tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam perniagaan sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W. diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai matawang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Kalau simpan emas dalam bentuk dinar, 85 gram tu bersamaan dengan 20 dinar. Kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% iaitu bersamaan dengan 2.125 gram, yakni setengah dinar sahaja. Kalau ada 170 gram (40 dinar), baru kena zakat satu dinar. Lepas ni nak kumpul dinar banyak-banyak, senang nak bayar zakat :)

Berlainan pula dengan emas yang dipakai atau barang kemas.

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi 'uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

Uruf di Negeri Selangor ialah 800 gram

Rujukan
http://www.maidam.gov.my/zakat/index.php/kutipan-zakat/syarat-wajib-zakat
http://m.zakat.com.my/#ScreenInfoZakatJenisZakat
zakatselangor.com.my

Tonton video animasi yang menarik ni untuk fahami tentang zakat emas 
https://m.youtube.com/watch?v=vUlBTWIlSkI&feature=youtu.be

*Nisab untuk zakat perak ialah 595g. Kalau 10 dirham beratnya 29.75g, kena ada 200 dirham untuk dikenakan zakat

Jangan risau untuk bayar zakat sebab ia MENYUCIKAN harta, bukan mengurangkannya. Lagipun bukankah semua yang kita miliki ni hanya PINJAMAN dariNya? 

Petikan surah At-Taghabun: 17
"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik (qardhan hasanaa), nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, lagi Maha Penyantun"

Jom berlumba untuk bayar zakat sebanyak-banyaknya inshaAllah 

Norazharina Mat Amin
PG040197
azharina.amin@gmail.com

Kemaskini 23 April 2016

Sunday, 2 March 2014

Emas sebagai simpanan dan pelaburan

Emas adalah logam berharga yang paling popular sebagai simpanan atau pelaburan. Ia disebut 'komoditi krisis' (crisis commodity) kerana di waktu ketegangan ekonomi dunia, emas masih menunjukkan prestasi yang baik tidak seperti pelaburan lain. Sebab itu emas selalunya laku macam pisang goreng panas ketika krisis ekonomi.

Apa bezanya simpanan dgn pelaburan emas?
Bergantung kpd tujuan/niat anda.
Jika niat utk menyimpan, beli lah emas pada harga berapa pun, yang penting adalah wang kertas atau tunai anda ditukar kepada emas. Selalunya penyimpan emas akan simpan dalam jangka masa yang panjang, antara 3-5 tahun dan ke atas.
Untuk pelaburan emas (fizikal), pelabur akan membeli emas pada harga yang difikirkannya rendah dan menjualnya semula apabila harga meningkat untuk meraih keuntungan. Biasanya dalam jangka masa pendek daripada beberapa bulan atau 1-2 tahun. Untuk jadi pelabur yang berjaya, anda harus ada ilmu teknikal analisis harga emas.

Cara menyimpan/melabur yang paling tradisional ialah membeli jongkong/bar emas. Ada pelbagai saiz dan bentuk jongkong yang biasanya dalam ketulenan yang paling tinggi iaitu 999.9 emas tulen (fine gold). Beratnya daripada 10g hingga 1kg (yang 1g pun ada, malah di Eropah ada yang 12kg/400 troy ounce). Yang paling popular di Malaysia adalah bar PAMP Suisse, Bunga Raya Poh Kong, Wah Chan, Tomei dan Public Gold.
Bar 10gram Public Gold Bunga Mas series
Ada juga syiling/koin emas yang biasanya (tapi tidak semestinya) mempunyai ketulenan yang lebih rendah daripada bar e.g. 916, 917 dsb. Koin emas sememangnya pernah menjadi medium jual beli pada suatu masa dahulu (baca di sini untuk sejarah) dan kini usaha untuk mengembalikan Dinar dan Dirham ke dalam masyarakat sebagai sistem Muamalat Islam sedang giat berjalan. Gerakan terbesar boleh dilihat di Indonesia, Malaysia dan kawasan sekitarnya, di samping beberapa inisiatif di Pakistan, United Kingdom, Afrika Selatan dan Amerika.

Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengunjurkan penggunaan Dinar semenjak tahun 2000/2001 dengan pengeluaran Kijang Emas sebagai medium urusniaga yang sah. Setelah itu dinar telah berkembang dengan penubuhan e-dinar Ltd pada tahun 2000 dan 'e-dinar online electronic payment system' serta 'World Islamic Mint' (WIM) di United Arab Emirates (UAE) yang mengeluarkan Dinar Islam atau Dinar Muslim (oleh Emirates Gold). Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan Dinar Kelantan pada 2006, sementara Kerajaan Negeri Perak dengan Dinar Perak pada 2011. Malaysia mempunyai koleksi koin dinar/dirham terbesar termasuklah Public Dinar, GCP Dinar, Dinar Darul Takzim, Dinar Nabawi, Dinarius&Dirham, Dinar Malaysia, Dinar Kulim dan Dinar Shari'i.

Islamic Dinar & Dirham  Kelantan Dinar & Dirham Perak Dinar & Dirham 
Dinar Islam/Muslim, Dinar Kelantan, Dinar Perak
 Public Dinar GCP Dinar Nabawi Dinar 
Dinar Public Gold, Dinar GCP, Dinar Nabawi

Antara semua pengeluar koin dinar/dirham di Malaysia, produk Public Gold adalah yang paling mudah didapati daripada 17 cawangannya di seluruh Malaysia, di samping harganya yang amat kompetitif dan susut nilai yang rendah.

Emas sebagai perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin juga masih popular. Namun melihat statistik aktiviti jenayah di negara kita pada masa kini, saya sendiri tidak berani memakai emas di luar rumah. Kelebihan emas perhiasan ialah ia tidak dikenakan zakat (dengan syarat haruslah dipakai sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, dan tidak melebihi Uruf/kebiasaan setempat). Kekurangannya pula, susut nilai yang tinggi iaitu 25% di bawah harga pasaran jika dibawa di kedai emas biasa. Emas Public Gold Jewellery (D-series) pula hanyalah dikenakan susut nilai 15%.

Yang lebih menarik, jika anda ada emas perhiasan lama yang tidak mahu dipakai lagi, anda boleh membawanya ke Public Gold utk di tukar-beli (trade-in) dengan item Public Gold yang lain seperti bar/jongkong dan dinar pada harga yang berpatutan. Cara ini akan menurunkan susut nilai emas anda daripada 25% kepada 4.5-8% sahaja dan memastikan anda mendapat pulangan yang lebih cepat bila harga emas meningkat.

Sekiranya anda ada kemusykilan, bolehlah hubungi saya atau tinggalkan komen.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com