Friday 7 March 2014

Pengenalan kepada wang emas

Berikut adalah sedikit sejarah wang emas

Sejarah
Penggunaan syiling/koin emas paling awal telah dikesan sejak 561-546 BC (sebelum Masihi). Gambar berikut ialah syiling emas yang dibuat di Sardis di bawah pemerintahan Raja Croesus Lydian yang memperkenalkan sistem koin campuran dua jenis logam yang telah digunakan di negara Barat hingga abad ke-20.

Kepentingan syiling yang berumur lebih 2,500 tahun ini adalah kerana ia telah memungkinkan sistem pasaran terbuka yang pertama. Hasilnya adalah kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk awal di kawasan Mediterranean.

Dinar dan Dirham
Pada zaman Muhammad Rasulullah SAW, matawang yang diguna oleh orang Arab adalah Dinar (koin emas) dan Dirham (koin perak). Dinar dan Dirham pertama yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri adalah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman bin Affaan di mana perbezaan koin tersebut dengan yang asal ialah ukiran "dengan nama Allah" dalam bahasa Arab di bahagian tepi. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, 'standard'/piawaian syiling telah diperkenalkan di mana berat 10 Dirham bersamaan dengan 7 Dinar.
Koin emas dan perak kekal dalam bentuk logam berharga yang asli sehinggalah jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia pertama (1910s). Semenjak itu, pelbagai matawang kertas telah dicipta di setiap negara yang pernah dijajah. Namun banyak negara Arab lain seperti UAE, Maghribi, Qatar, Libya dan Iraq yang menggunakan istilah Dinar dan Dirham bagi merujuk matawang mereka walaupun tidak menggunakan logam yang berharga.

Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, emas masih lagi memainkan peranannya dalam transaksi wang antarabangsa kerana emas menjadi kayu ukur kepada matawang. Banyak empayar besar di dunia telah jatuh, bersama dengan matawang mereka yang menjadi World Reserve Currency. Yang terkini ialah Empayar British yang menyaksikan Great Britain Pound (GBP) jatuh sebagai simpanan dunia sehinggalah berakhirnya Perang Dunia ke-2. Kemudian, US Dollar (USD) mengambil alih tetapi pada 15 Ogos 1971, US menamatkan penukaran USD kepada emas. Dengan berakhirnya perjanjian Bretton Woods, matawang USD menjadi wang Fiat.

Wang Fiat (diambil dari istilah Latin yang bermaksud "let it become"/"let it be done"/it shall be") boleh diterjemahkan sebagai:
*apa sahaja wang yang diisytiharkan sesebuah kerajaan untuk jual beli yang sah
*wang tanpa nilai yang sebenar (kertas sebagai baucer)

Oleh sebab emas dunia dibeli dan dijual dalam US Dollar, maka kejatuhan nilai USD akan menyebabkan harga emas meningkat. Jika berminat beli emas fizikal yang berserta sijil pada harga yang amat berpatutan, silalah hubungi saya.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai