Friday 21 February 2014

Kenapa saya pilih Public Gold

Sekali lagi saya ingin tujukan kredit entri ini kepada En. Mohd Zulkifli Shafie kerana 'memperkenalkan' saya dengan Public Gold menerusi laman webnya (mohdzulkifli.com). Dari situ saya banyak membaca tentang selok-belok emas dan bagaimana PG dibandingkan dengan kedai emas lain. Berikut adalah antara kelebihan yang membuatkan saya pilih PG:

1. Public Gold ialah sebuah syarikat yang terkemuka
-bermula dari tahun 2008 di Pulau Pinang, sekarang ada 18 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sekarang di Singapura pun ada.
-menang banyak anugerah, antaranya Malaysia Book of Records (syarikat Malaysia pertama yang mengeluarkan jongkong emas dan perak di dalam negara), The Brand Laureate SME dsb.
-setiap produk disertakan sijil ketulenan yang dikeluarkan oleh 'assayer' bertauliah
-dapat pelepasan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menjalankan jual-beli emas

2. Harga yang kompetitif
-PG menawarkan susut nilai yang rendah (perbezaan antara harga jual dan beli balik) antara 4.5-8% untuk produk emasnya berbanding kedai emas lain yang biasanya letak antara 18-25%
-gerenti untuk beli balik produknya walaupun calar atau bengkok (kecuali pada waktu ekonomi yang terlampau seperti perang)
-premium yang lebih rendah kerana tak perlu lalui orang tengah/pekedai (beli harga kilang). Walaupun dealer yang lock harga, pelanggan bayar terus pada PG dan ambil sendiri barang dari cawangan PG.
-ketelusan dalam senarai harga yang dipaparkan di laman web. Harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

3. Sistem online yang terkini
-menyediakan fasiliti booking atas talian (online) jadi anda boleh lock harga bila-bila masa, 24 jam sehari di mana jua asalkan ada talian Internet. Sangat baik untuk rebut peluang lock harga yang tengah rendah (untuk beli) atau bila tinggi (untuk jual).
-aplikasi telefon pintar untuk iPhone, Android dan Blackberry di mana anda boleh semak harga terkini dan juga boleh buat booking terus tanpa perlu ke laman web. Yang paling best, boleh set harga yang kita target. Bila cecah harga tu, dia akan hantar alert. Hebat, kan? Baca post ni utk tau cara-caranya http://emas1001.blogspot.com/2014/03/aplikasi-public-gold-app-untuk-iphone.html?m=1

4. Platform termudah dan terbaik
-Sekarang dah ada GAP (Gold Accumulation Program), sangat mudah tambah simpanan emas. Buat online transfer melalui M2U (atau apa2 bank pun boleh, asal ada Internet banking. Kalau takde, boleh guna ATM Cash Deposit) pastu WhatsApp. Dah boleh tgk gram tu muncul dkt My GAP online statement. Macam shopping online je
-AGSS (Allocated Gold Storage Service), boleh pilih item emas mana yang nak, bayar sekali dengan caj simpan (bermula serendah RM 50 setahun). Sangat sesuai utk org yang duduk oversea (boleh bayar pakai international TT). Nanti boleh tengok gambar gold bar kita tu dkt web PG > My Vault
-Mudah sebab semuanya boleh buat online je. Terbaik sebab PG ada sistem rekod yang canggih dan peti besi untuk simpankan emas kita. Nak simpan sendiri pun tak ada masalah. Boleh keluarkan bila-bila masa tapi kena fikir lah nak simpan sendiri kat mana

Itu sahajalah setakat ni. Kalau anda tahu penjual yang lebih baik dari PG, tolong cerita pada saya jugak OK? ;)

Jika anda dah bersedia untuk buat belian, klik sini. Kalau belum pun, register sahaja dulu jadi anda boleh lihat page lain yang penting seperti Place Order.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com


Kenapa emas fizikal

Ada pelbagai cara orang melabur dalam emas. Saya pilih untuk membeli emas fizikal, iaitu emas yang betul-betul wujud yang saya boleh tengok, pegang dan simpan- baru puas hati. Berikut adalah sebab-sebabnya

Kenapa simpan emas fizikal

1. Sebagai pelindung kekayaan (wealth protection)
Emas adalah logam berharga yang kalis inflasi. Matawang kertas semakin lama semakin susut nilainya tetapi emas semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh nasi lemak zaman atuk-nenek kita dulu mungkin 5 sen sahaja, zaman saya sekolah rendah boleh lagi dapat 50 sen, sekarang yang mencecah RM 5 pun banyak. Harga emas tahun saya kahwin 2008 harganya lebih kurang RM80/g, sekarang 6 tahun selepas tu dah hampir RM150/g, kenaikan hampir 100%! Sekarang lepas 8 tahun- RM 180/g. Inilah akibat inflasi, setiap tahun harga semakin naik kerana nilai duit kertas semakin kurang.

Tapi jika simpan emas, duit akan selamat. Lihat saja mak-mak dan nenek kita dulu selalu beli dan simpan emas. Bila anak-anak dah besar, harga emas dah naik berkali-kali ganda, boleh pakai untuk hantar anak ke universiti, buat kenduri kahwin dan sebagainya.

Ada sebuah video YouTube yang menerangkan bagaimana wang kertas dimanipulasi dan ianya adalah penipuan terbesar dalam sejarah manusia di sini. Lelaki dalam video tersebut ialah Michael Maloney, penulis buku best-seller 'Rich Dad's Advisors: Guide to Investing in Gold and Silver', pemilik syarikat GoldSilver.com dan WealthCycles.com. Itulah yang terjadi apabila sistem perbankan tidak menguruskan wang dengan baik yang rata-ratanya berasaskan sistem riba'.

Akhirnya nilai Dolar hanyalah 'seperti tisu tandas'- Tun Dr. M.
Kredit buat Utusan Malaysia dan mursyidi.com

2. Patuh Syariah
Hal ini melibatkan Umat Islam kerana ada beberapa buah bank yang menawarkan Akaun Simpanan Emas (Gold Savings Account- GSA). Bila kita deposit kan wang, nilainya akan berubah mengikut harga emas semasa, tapi sebenarnya tak ada emas sebenar untuk pemegang akaun. Hanyalah nombor yang dicetak dalam buku akaun. Namun, ada 2 buah bank yang patuh Syariah dalam hal ini iaitu Kuwait Finance House dan al-Rajhi. Mereka ni memang ada emas fizikal untuk pemegang akaun yang disimpan bagi pihak pelanggan dengan caj tertentu.

Sekarang Public Gold pun ada produk mcm yg ditawarkan KFH dan al-Rajhi yang dipanggil GAP (Gold Accumulation Program @ Program Akumulasi Emas). Boleh baca secara lanjut di sini.

Jika beli emas fizikal, tiada masalah dengan pematuhan Shariah kerana ia sama dengan urusan jual beli yang mudah. Kita bayar duit, kita dapat barang.

3. Hadis Rasulullah SAW
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal yang berbunyi:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham"
Nota: Ada pendapat mengatakan hadis ni dhaif, yakni dari sumber yang kurang dipercayai..

Subhanallah.. Sejak dari zaman Rasulullah lagi mmg Dinar dan Dirham (koin emas dan perak) diguna dalam urusniaga. Sebagai contoh jika lebih 1400 tahun dahulu seekor kambing boleh dibeli dengan harga satu dinar, percaya atau tidak, zaman sekarang harganya masih lebih kurang sama. Ada seorang penjual kambing di Dengkil Selangor yang menerima 1 dinar emas bagi seekor kambing baka farel.

Malah dalam Quran pun ada disebut tentang emas sebagai hadiah di syurga. Maknanya emas ni sentiasa bernilai hingga ke akhirat kelak. MashaAllah itulah tujuan kita sebenarnya, ke syurga..

Wallahua'lam.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404
azharina.amin@gmail.com

Kemaskini 26 Ogos 2014

Wednesday 19 February 2014

Bagaimana saya bermula dengan emas

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa kecil saya bukannya tahu sangat menghargai emas ni. Sebab saya tengok kebiasaannya yang pakai emas ialah makcik-makcik yg pakai rantai dan gelang yang berat dan besar. Ummi selalu suruh kami anak-anak perempuannya pakai rantai atau gelang emas terutamanya bila Hari Raya. Saya bukannya suka sangat nak pakai sebab rasa macam leceh je. Jadi bila sambutan Hari Raya habis, saya cepat-cepat buka dan pulangkan semula pada Ummi.

Saya memang ada ramai saudara-mara rapat yang buat bisnes jual emas, mereka ada kedai emas sendiri dan sangat berjaya. Pernah sekali saya bertanya pada seorang sepupu saya apa rahsia kejayaannya. Dia cakap bila jual barang kemas, terutamanya yang ada batu permata, dia boleh 'mark-up' harga asalkan pembeli bersetuju dengan harga tu (sebab harga bahagian emas mmg dah tetap kan..) Oh, macam tu..

Bila saya bertunang dan berkahwin, saya dapat hadiah cincin dan gelang emas daripada suami saya. Tapi, saya tak pakai sangat barang kemas tu sebab #1- takut calar #2- saya tak nak jadi target peragut. Jadi, saya simpan saja barang kemas saya dalam laci di rumah. Tapi, malang tak berbau, saya tetap jadi mangsa pecah rumah. Habis semua barang kemas dicuri termasuklah sepasang gelang emas kepunyaan Ummi. Maafkan saya Ummi, saya akan ganti dengan yang lebih baik, inshaAllah...

Hiasan sahaja, bukan saya punya..
Kejadian tu membuatkan saya lebih menghargai emas sebagai logam yang berharga (walaupun dah tak ada habuk emas pun yang tinggal). Saya selalu dengar pasal harga emas turun naik dan saya percaya ia adalah simpanan/pelaburan jangkamasa panjang yang terbaik, tapi saya tak pasti kaedahnya. Saya tahu ada banyak penjual emas di luar sana, tapi saya tak pasti macam mana nak dapatkan yang terbaik. Takut penjual manipulasi harga (dengan caj upah dan macam-macam caj lagi lah).

Sampailah suatu masa, suami saya bagi tugasan iaitu untuk dapatkan cara terbaik beli emas sebagai simpanan. Saya pun tak adalah cari beria sangat, tapi satu hari tu saya terbaca tentang satu artikel tentang perancangan kewangan di FB. Artikel tu ditulis oleh En. Mohd Zulkifli Shafie yang saya anggap sebagai mentor saya sekarang (dan kebetulan dia juga kawan sekolah menengah abang saya- kecik nya dunia ni ye).

Penulisannya banyak berkisar tentang emas, bisnes, tips dan nasihat kewangan. Dia sendiri menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan (wealth protection). Banyak perkara penting tentang emas yang saya belajar daripada dia, jadi saya amat berterima kasih padanya sebab dia macam dah buat tugasan tadi untuk saya! Perkara pertama yang kita semua harus ada sebelum beli emas ialah ILMU PENGETAHUAN supaya anda tahu keputusan yang anda ambil adalah yang terbaik. Baca di sini untuk kenapa saya memilih emas fizikal dan di sini untuk sebab saya memilih Public Gold.

30 Disember 2013, saya buat belian emas yang pertama (bagi pihak suami saya) dan saya bernasib baik kerana harga emas pada waktu itu antara di paras yang paling rendah untuk 2013, Alhamdulillah. Semuanya dibuat atas talian (online) sebab kami bukan di Malaysia pada masa tu. Belian itu juga melayakkan saya menjadi wakil penjual (Dealer). Kelebihan utama menjadi dealer ni ialah kita akan dapat insentif atas belian kita sendiri.

Bila kami pulang ke Malaysia, kami pun pergi ke cawangan Public Gold untuk collect emas tadi. Pertama kali pegang emas yang dibeli dengan duit sendiri (duit suami, tapi kira sendiri punya jugak lah heee), auranya memang hebat :) Saya yakin yang kami telah buat keputusan terbaik untuk menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Sejak itu, saya tak toleh ke belakang lagi. Saya buat lagi belian kerana nak maksima kan peluang beli emas pada harga yang tengah rendah.

Sejak zaman-berzaman emas telah terbukti sebagai simpanan/pelaburan yang paling sedikit risikonya dalam kelas asetnya yang tersendiri. Saya belum pernah rasa sebegitu yakin untuk melaburkan wang saya dengan membeli emas. Walaupun saya pernah jadi seorang ejen Unit Trust yang berdaftar dengan FIMM, saya sendiri rasa susah untuk meyakinkan diri saya dengan Unit Trust kerana dana dan risikonya yang pelbagai.

Sekarang saya sudah memulakan langkah pertama saya ke arah simpanan emas, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai di luar sana. Saya bermula dengan blog saya yang tak seberapa ini ditujukan khas buat mereka yang ingin meneroka 'Perjalanan Ilmu Emas' ini bersama saya. Juga kepada sesiapa sahaja yang boleh mengambil manfaat daripada tulisan saya, inshaAllah...

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

*Anda minat jadi dealer jugak? Sambil membeli dan bantu org lain membeli, dpt insentif/cash back, jd dpt kurangkan kos belian anda. Bermula dgn belian minimum RM30k dlm satu resit, anda layak jd dealer. Tapi, Public Gold mmg selalu buat dealer promo, contohnya belian RM5k-10k shj dah layak. Nak tau info terkini ttg promo, boleh contact saya dkt nombor/email kat atas ni. Saya akan masukkan anda ke dalam support group khas bersama ramai lagi dealer positif yg lain di bawah mentorship Tn Zul bila anda berjaya tukar status jadi dealer.