Wednesday 19 February 2014

Bagaimana saya bermula dengan emas

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa kecil saya bukannya tahu sangat menghargai emas ni. Sebab saya tengok kebiasaannya yang pakai emas ialah makcik-makcik yg pakai rantai dan gelang yang berat dan besar. Ummi selalu suruh kami anak-anak perempuannya pakai rantai atau gelang emas terutamanya bila Hari Raya. Saya bukannya suka sangat nak pakai sebab rasa macam leceh je. Jadi bila sambutan Hari Raya habis, saya cepat-cepat buka dan pulangkan semula pada Ummi.

Saya memang ada ramai saudara-mara rapat yang buat bisnes jual emas, mereka ada kedai emas sendiri dan sangat berjaya. Pernah sekali saya bertanya pada seorang sepupu saya apa rahsia kejayaannya. Dia cakap bila jual barang kemas, terutamanya yang ada batu permata, dia boleh 'mark-up' harga asalkan pembeli bersetuju dengan harga tu (sebab harga bahagian emas mmg dah tetap kan..) Oh, macam tu..

Bila saya bertunang dan berkahwin, saya dapat hadiah cincin dan gelang emas daripada suami saya. Tapi, saya tak pakai sangat barang kemas tu sebab #1- takut calar #2- saya tak nak jadi target peragut. Jadi, saya simpan saja barang kemas saya dalam laci di rumah. Tapi, malang tak berbau, saya tetap jadi mangsa pecah rumah. Habis semua barang kemas dicuri termasuklah sepasang gelang emas kepunyaan Ummi. Maafkan saya Ummi, saya akan ganti dengan yang lebih baik, inshaAllah...

Hiasan sahaja, bukan saya punya..
Kejadian tu membuatkan saya lebih menghargai emas sebagai logam yang berharga (walaupun dah tak ada habuk emas pun yang tinggal). Saya selalu dengar pasal harga emas turun naik dan saya percaya ia adalah simpanan/pelaburan jangkamasa panjang yang terbaik, tapi saya tak pasti kaedahnya. Saya tahu ada banyak penjual emas di luar sana, tapi saya tak pasti macam mana nak dapatkan yang terbaik. Takut penjual manipulasi harga (dengan caj upah dan macam-macam caj lagi lah).

Sampailah suatu masa, suami saya bagi tugasan iaitu untuk dapatkan cara terbaik beli emas sebagai simpanan. Saya pun tak adalah cari beria sangat, tapi satu hari tu saya terbaca tentang satu artikel tentang perancangan kewangan di FB. Artikel tu ditulis oleh En. Mohd Zulkifli Shafie yang saya anggap sebagai mentor saya sekarang (dan kebetulan dia juga kawan sekolah menengah abang saya- kecik nya dunia ni ye).

Penulisannya banyak berkisar tentang emas, bisnes, tips dan nasihat kewangan. Dia sendiri menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan (wealth protection). Banyak perkara penting tentang emas yang saya belajar daripada dia, jadi saya amat berterima kasih padanya sebab dia macam dah buat tugasan tadi untuk saya! Perkara pertama yang kita semua harus ada sebelum beli emas ialah ILMU PENGETAHUAN supaya anda tahu keputusan yang anda ambil adalah yang terbaik. Baca di sini untuk kenapa saya memilih emas fizikal dan di sini untuk sebab saya memilih Public Gold.

30 Disember 2013, saya buat belian emas yang pertama (bagi pihak suami saya) dan saya bernasib baik kerana harga emas pada waktu itu antara di paras yang paling rendah untuk 2013, Alhamdulillah. Semuanya dibuat atas talian (online) sebab kami bukan di Malaysia pada masa tu. Belian itu juga melayakkan saya menjadi wakil penjual (Dealer). Kelebihan utama menjadi dealer ni ialah kita akan dapat insentif atas belian kita sendiri.

Bila kami pulang ke Malaysia, kami pun pergi ke cawangan Public Gold untuk collect emas tadi. Pertama kali pegang emas yang dibeli dengan duit sendiri (duit suami, tapi kira sendiri punya jugak lah heee), auranya memang hebat :) Saya yakin yang kami telah buat keputusan terbaik untuk menyimpan dalam bentuk emas fizikal. Sejak itu, saya tak toleh ke belakang lagi. Saya buat lagi belian kerana nak maksima kan peluang beli emas pada harga yang tengah rendah.

Sejak zaman-berzaman emas telah terbukti sebagai simpanan/pelaburan yang paling sedikit risikonya dalam kelas asetnya yang tersendiri. Saya belum pernah rasa sebegitu yakin untuk melaburkan wang saya dengan membeli emas. Walaupun saya pernah jadi seorang ejen Unit Trust yang berdaftar dengan FIMM, saya sendiri rasa susah untuk meyakinkan diri saya dengan Unit Trust kerana dana dan risikonya yang pelbagai.

Sekarang saya sudah memulakan langkah pertama saya ke arah simpanan emas, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat dengan orang ramai di luar sana. Saya bermula dengan blog saya yang tak seberapa ini ditujukan khas buat mereka yang ingin meneroka 'Perjalanan Ilmu Emas' ini bersama saya. Juga kepada sesiapa sahaja yang boleh mengambil manfaat daripada tulisan saya, inshaAllah...

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

*Anda minat jadi dealer jugak? Sambil membeli dan bantu org lain membeli, dpt insentif/cash back, jd dpt kurangkan kos belian anda. Bermula dgn belian minimum RM30k dlm satu resit, anda layak jd dealer. Tapi, Public Gold mmg selalu buat dealer promo, contohnya belian RM5k-10k shj dah layak. Nak tau info terkini ttg promo, boleh contact saya dkt nombor/email kat atas ni. Saya akan masukkan anda ke dalam support group khas bersama ramai lagi dealer positif yg lain di bawah mentorship Tn Zul bila anda berjaya tukar status jadi dealer. 

No comments:

Post a Comment

Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai