Monday 31 March 2014

Aplikasi Public Gold (app) untuk iPhone iOS

OK, sbb saya hanya pakai iPhone, jadi saya nak tunjuk cara cek harga, lock harga/booking dan set price alert dgn mudah guna iPhone. App Public Gold ni juga boleh didapati untuk Android (Google Play) dan Blackberry.

1- Muat turun Public Gold app dari Apple App Store

2- Launch App dan anda akan dibawa ke Home page. Biasakan diri anda dengan 5 icons di bawah, dari Home hingga Account. Juga 3 produk utama- Public Gold (bar), Public Dinar dan Public Silver. Sekarang klik Login.
Untuk pelanggan sedia ada, boleh masukkan Username, password dan klik Login. Jika pelanggan baru, tak perlu isi apa-apa, klik Register.

3- Register. Pastikan anda letak nama saya sebagai konsultan Public Gold anda (Norazharina Mat Amin) atau PG040197 (dealer code saya)  di ruang Introducer. Kalau ada apa-apa hal nak tanya atau follow up dgn PG nanti, boleh la saya bantu. Masukkan nama penuh, nombor IC dan no handphone anda. Customer address boleh biar kosong dulu. Nak isi terus pun boleh.

Scroll lagi ke bawah. Masukkan alamat e-mail anda. Tekan Register. 
Cek e-mail inbox, anda akan terima activation email berserta dengan temporary username dan password. Klik dahulu activation link tu, kemudian gunakan username dan password untuk Login spt di atas.

4- Untuk cek harga, klik pada Live Price. Klik pada Refresh button dalam bulatan hijau di bawah supaya harga yg anda lihat ialah harga yang terkini. Scroll ke bawah untuk lihat senarai harga penuh. Bila dah puas hati tengok harga dan tahu nak beli item mana, klik Booking. (Nampak bullet putih tu? Nanti saya akan cerita kemudian).

5- Booking. Bila klik pada booking, akan keluar Notice macam ni. Dah baca, tekan OK.
















Ada 4 drop-down menu
1- Order for Myself: pilih yg ni utk sendiri punya order, option lain iaitu new/existing customer utk kegunaan dealer shj.
2- Collect from: pilih cawangan terdekat dgn anda utk collect barang nanti 
3- Bank payment with: Maybank atau Public Bank, pemegang akaun PG. Anda boleh pilih mana-mana yg anda suka.
4- Payment type: Full payment/Easy Partial Payment (EPP ada admin caj 0.5%, dicaj pada bulan pertama daripada 4 bulan).
Pilih item mana yg nak beli. Contoh kat sini, saya nak beli 1 dinar emas dan 10 dirham perak. Klik icon (+) untuk nyatakan kuantiti item. Tekan sekali utk 1 item, 2 kali tekan utk 2 item, dan seterusnya. Kalau terlebih tekan, klik (-) untuk kurangkan jumlah.
Scroll ke bawah sekali untuk 10 dirham. Lepas masukkan semua kuantiti, tekan Sumbit. Tadaa! Dah siap booking.


Satu lagi Notice akan muncul yang bagitau Order anda telah dihantar.
Jika anda cek e-mail inbox, anda seharusnya terima auto-generated Booking Order (BO) yang tunjuk butiran pembelian anda tadi. Kalau booking dalam jam bekerja, anda akan terima Sales Order (SO) menerusi e-mail juga tidak lama selepas tu. Sekarang dah boleh buat pembayaran dalam masa 24 jam dan hantarkan slip bayaran sebagai bukti (penerangan lebih lanjut di sini.).


Kalau nak cek jumlah pembelian yang dah dibuat, boleh klik pada icon Account > Previous Purchase. Skrin akan tunjuk Order ID, bil pada siapa dan jumlah RM.

Perkara paling best saya rasa pada App ni ialah boleh set alert utk pricing. Kalau anda perasan, dekat Live Price page tadi ada tulis 'Click on price to set alert'- betul-betul kat bawah perkataan 'Booking'. So klik je mana-mana harga yg kita nak target, klik +/- utk tambah atau kurangkan harga dalam perbezaan RM10. (hint: harga PG Sell biasanya set pakai - sbb kita nak beli pd harga murah, PG Buy guna +). (Hint lagi: kalau item kecik mcm 1 dinar, mungkin lambat nak capai beza RM 10 tu, jd set kan pada item yg lebih besar spt 5 atau 10 dinar).

Bila dia dah save Target Price kita, dia akan tanda dengan bullet putih tu.

Bila harga tu sampai, nnt phone akan hantar alert. Jadi, tak payah sengkang mata kejap-kejap nak refresh harga/tgk graf sbb nak tau harga best ke tak :)

Cuma satu kekurangan pakai app ni, tak boleh nak masukkan Remarks masa booking. Jadi kalau nak buat booking biasa, tak ada mesej tambahan nak bagitau, then it's OK. Good for those yg nak cepat tak nak leceh membelek website PG. Kalau nak tambah apa-apa mesej, kena pegi dekat website jugak lah. Arahan step-by-step boleh rujuk di sini.

Orait, semoga post ni bermanfaat untuk anda.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

Monday 10 March 2014

Tempat simpanan emas

Ada beberapa tempat yang boleh dijadikan tempat penyimpanan emas.

1- Peti Simpanan Keselamatan
Sesetengah bank menyediakan perkhidmatan peti simpanan keselamatan (safe deposit box) untuk disewa. Walaupun begitu, akses hanya terhad pada waktu bekerja/bank beroperasi sahaja. Ada syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan sama seperti di bank tetapi dengan waktu akses yang lebih fleksibel dan kadang-kadang dengan nilai insurans yang lebih tinggi. Contoh boleh dilihat di sini.

Public Safe vault
2- Rumah
Carilah tempat selamat atau yang tersembunyi untuk menyimpan emas anda dalam jumlah yang kecil. Namun, harus diingat masih ada risiko kebakaran, bencana alam seperti banjir, dan pecah rumah. Jangan simpan di tempat yang senang menjadi target seperti laci almari. Fikirkan tempat yang anda rasa orang lain tidak akan terfikir untuk cari di situ, seelok-eloknya tempat yang tinggi dan tidak mudah dialihkan.

3- Tanam di Halaman Rumah
Jika anda ada laman rumah, mungkin anda boleh tanam emas anda bila tiada orang sedang melihat. Masukkan emas dalam bekas kedap air dan udara terlebih dahulu. Tapi cara ni mungkin nampak kuno sbb ia sudah pun dilakukan oleh orang dulu-dulu seperti berita di US baru-baru ini, emas yang disimpan hampir 200 tahun ditemui semula. Cuma agak susah kalau nak keluarkan atau tambah lagi simpanan dgn kerap. Jangan pula dijualkan rumah tu sebelum anda gali semula 'harta karun' anda!

4- Allocated Gold Storage Service (AGSS)
Sesetengah penjual emas menyediakan perkhidmatan AGSS ini di mana, emas anda akan disimpan bagi pihak anda tanpa anda perlu ke kedai untuk mengambil atau menjualnya kembali. Kaedah ini amat baik untuk mereka yang tinggal jauh kerana kos perjalanan mungkin lebih mahal dari caj simpanan yang dikenakan. Anda juga akan mendapat peace-of-mind kerana tidak perlu menghadapi risiko kehilangan dan sebagainya.

Anda akan diberi nombor siri item dan foto sebagai bukti wujudnya barang belian anda. Emas ini akan disimpan dan tidak akan digunakan oleh pihak penjual untuk apa jua tujuan yang lain. Anda berhak mengambil emas anda bila-bila masa anda suka.

Public Gold menawarkan perkhidmatan ini dengan caj tahunan 1% daripada harga emas anda. Berita baik lagi- sekarang ada promosi untuk AGSS. Caj simpanan setahun ialah RM 30 SAHAJA untuk setiap item 250g dan 500g bar. Penjimatan yang amat menarik untuk kadar biasa iaitu lebih kurang RM 370+ untuk 250g dan RM 750+ untuk 500g. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Apa jua cara yang anda pilih, hanya beritahu pada orang yang anda percaya sahaja. Setiap tempat ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, mungkin terbaik jika anda gabungkan beberapa kaedah.

Macam mana nak dapat kan emas dgn cara dan harga yg terbaik? Klik sini

Kalau nak miliki emas, tapi tak nak simpan sendiri boleh consider GAP.

Bila dah cukup nisab dan haul simpanan emas, wajib keluarkan zakat. Baca lebih lanjut di http://emas1001.blogspot.com/2014/03/kewajipan-berzakat-atas-emas.html?m=0

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com

Friday 7 March 2014

Pengenalan kepada wang emas

Berikut adalah sedikit sejarah wang emas

Sejarah
Penggunaan syiling/koin emas paling awal telah dikesan sejak 561-546 BC (sebelum Masihi). Gambar berikut ialah syiling emas yang dibuat di Sardis di bawah pemerintahan Raja Croesus Lydian yang memperkenalkan sistem koin campuran dua jenis logam yang telah digunakan di negara Barat hingga abad ke-20.

Kepentingan syiling yang berumur lebih 2,500 tahun ini adalah kerana ia telah memungkinkan sistem pasaran terbuka yang pertama. Hasilnya adalah kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk awal di kawasan Mediterranean.

Dinar dan Dirham
Pada zaman Muhammad Rasulullah SAW, matawang yang diguna oleh orang Arab adalah Dinar (koin emas) dan Dirham (koin perak). Dinar dan Dirham pertama yang dikeluarkan oleh orang Islam sendiri adalah sewaktu pemerintahan Khalifah Uthman bin Affaan di mana perbezaan koin tersebut dengan yang asal ialah ukiran "dengan nama Allah" dalam bahasa Arab di bahagian tepi. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, 'standard'/piawaian syiling telah diperkenalkan di mana berat 10 Dirham bersamaan dengan 7 Dinar.
Koin emas dan perak kekal dalam bentuk logam berharga yang asli sehinggalah jatuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah selepas Perang Dunia pertama (1910s). Semenjak itu, pelbagai matawang kertas telah dicipta di setiap negara yang pernah dijajah. Namun banyak negara Arab lain seperti UAE, Maghribi, Qatar, Libya dan Iraq yang menggunakan istilah Dinar dan Dirham bagi merujuk matawang mereka walaupun tidak menggunakan logam yang berharga.

Pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, emas masih lagi memainkan peranannya dalam transaksi wang antarabangsa kerana emas menjadi kayu ukur kepada matawang. Banyak empayar besar di dunia telah jatuh, bersama dengan matawang mereka yang menjadi World Reserve Currency. Yang terkini ialah Empayar British yang menyaksikan Great Britain Pound (GBP) jatuh sebagai simpanan dunia sehinggalah berakhirnya Perang Dunia ke-2. Kemudian, US Dollar (USD) mengambil alih tetapi pada 15 Ogos 1971, US menamatkan penukaran USD kepada emas. Dengan berakhirnya perjanjian Bretton Woods, matawang USD menjadi wang Fiat.

Wang Fiat (diambil dari istilah Latin yang bermaksud "let it become"/"let it be done"/it shall be") boleh diterjemahkan sebagai:
*apa sahaja wang yang diisytiharkan sesebuah kerajaan untuk jual beli yang sah
*wang tanpa nilai yang sebenar (kertas sebagai baucer)

Oleh sebab emas dunia dibeli dan dijual dalam US Dollar, maka kejatuhan nilai USD akan menyebabkan harga emas meningkat. Jika berminat beli emas fizikal yang berserta sijil pada harga yang amat berpatutan, silalah hubungi saya.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com



Kewajipan berzakat atas emas

Emas dan perak adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas kedua-dua logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu."
Ada sesetengah orang takut untuk beli emas sebab kena bayar zakat. Tapi perlu diingat, wang simpanan juga dikenakan zakat setelah syarat wajibnya dipatuhi, antaranya cukup nisab (kadar nilainya sama dengan 85 gram emas, kalau sekarang lebih kurang RM12,300- 7 Mac 2014), haul (tempoh pemilikan selama setahun) dan sempurna pemilikannya (termasuklah yang dalam akaun bank, kecuali bank tu dah bayarkan zakat macam Bank Islam dan Tabung Haji- Mulai tahun 2015, Bank Islam dah tak bayarkan zakat lagi).

Jumhur Ulama' Fiqhseep sepakat mengatakan wajib zakat pada matawang. Matawang tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam perniagaan sebelum kedatangan Islam. Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W. diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham telah diiktiraf sebagai matawang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W.

Kalau simpan emas dalam bentuk dinar, 85 gram tu bersamaan dengan 20 dinar. Kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% iaitu bersamaan dengan 2.125 gram, yakni setengah dinar sahaja. Kalau ada 170 gram (40 dinar), baru kena zakat satu dinar. Lepas ni nak kumpul dinar banyak-banyak, senang nak bayar zakat :)

Berlainan pula dengan emas yang dipakai atau barang kemas.

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi 'uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150 gram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

Uruf di Negeri Selangor ialah 800 gram

Rujukan
http://www.maidam.gov.my/zakat/index.php/kutipan-zakat/syarat-wajib-zakat
http://m.zakat.com.my/#ScreenInfoZakatJenisZakat
zakatselangor.com.my

Tonton video animasi yang menarik ni untuk fahami tentang zakat emas 
https://m.youtube.com/watch?v=vUlBTWIlSkI&feature=youtu.be

*Nisab untuk zakat perak ialah 595g. Kalau 10 dirham beratnya 29.75g, kena ada 200 dirham untuk dikenakan zakat

Jangan risau untuk bayar zakat sebab ia MENYUCIKAN harta, bukan mengurangkannya. Lagipun bukankah semua yang kita miliki ni hanya PINJAMAN dariNya? 

Petikan surah At-Taghabun: 17
"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik (qardhan hasanaa), nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, lagi Maha Penyantun"

Jom berlumba untuk bayar zakat sebanyak-banyaknya inshaAllah 

Norazharina Mat Amin
PG040197
azharina.amin@gmail.com

Kemaskini 23 April 2016

Sunday 2 March 2014

Emas sebagai simpanan dan pelaburan

Emas adalah logam berharga yang paling popular sebagai simpanan atau pelaburan. Ia disebut 'komoditi krisis' (crisis commodity) kerana di waktu ketegangan ekonomi dunia, emas masih menunjukkan prestasi yang baik tidak seperti pelaburan lain. Sebab itu emas selalunya laku macam pisang goreng panas ketika krisis ekonomi.

Apa bezanya simpanan dgn pelaburan emas?
Bergantung kpd tujuan/niat anda.
Jika niat utk menyimpan, beli lah emas pada harga berapa pun, yang penting adalah wang kertas atau tunai anda ditukar kepada emas. Selalunya penyimpan emas akan simpan dalam jangka masa yang panjang, antara 3-5 tahun dan ke atas.
Untuk pelaburan emas (fizikal), pelabur akan membeli emas pada harga yang difikirkannya rendah dan menjualnya semula apabila harga meningkat untuk meraih keuntungan. Biasanya dalam jangka masa pendek daripada beberapa bulan atau 1-2 tahun. Untuk jadi pelabur yang berjaya, anda harus ada ilmu teknikal analisis harga emas.

Cara menyimpan/melabur yang paling tradisional ialah membeli jongkong/bar emas. Ada pelbagai saiz dan bentuk jongkong yang biasanya dalam ketulenan yang paling tinggi iaitu 999.9 emas tulen (fine gold). Beratnya daripada 10g hingga 1kg (yang 1g pun ada, malah di Eropah ada yang 12kg/400 troy ounce). Yang paling popular di Malaysia adalah bar PAMP Suisse, Bunga Raya Poh Kong, Wah Chan, Tomei dan Public Gold.
Bar 10gram Public Gold Bunga Mas series
Ada juga syiling/koin emas yang biasanya (tapi tidak semestinya) mempunyai ketulenan yang lebih rendah daripada bar e.g. 916, 917 dsb. Koin emas sememangnya pernah menjadi medium jual beli pada suatu masa dahulu (baca di sini untuk sejarah) dan kini usaha untuk mengembalikan Dinar dan Dirham ke dalam masyarakat sebagai sistem Muamalat Islam sedang giat berjalan. Gerakan terbesar boleh dilihat di Indonesia, Malaysia dan kawasan sekitarnya, di samping beberapa inisiatif di Pakistan, United Kingdom, Afrika Selatan dan Amerika.

Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengunjurkan penggunaan Dinar semenjak tahun 2000/2001 dengan pengeluaran Kijang Emas sebagai medium urusniaga yang sah. Setelah itu dinar telah berkembang dengan penubuhan e-dinar Ltd pada tahun 2000 dan 'e-dinar online electronic payment system' serta 'World Islamic Mint' (WIM) di United Arab Emirates (UAE) yang mengeluarkan Dinar Islam atau Dinar Muslim (oleh Emirates Gold). Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan Dinar Kelantan pada 2006, sementara Kerajaan Negeri Perak dengan Dinar Perak pada 2011. Malaysia mempunyai koleksi koin dinar/dirham terbesar termasuklah Public Dinar, GCP Dinar, Dinar Darul Takzim, Dinar Nabawi, Dinarius&Dirham, Dinar Malaysia, Dinar Kulim dan Dinar Shari'i.

Islamic Dinar & Dirham  Kelantan Dinar & Dirham Perak Dinar & Dirham 
Dinar Islam/Muslim, Dinar Kelantan, Dinar Perak
 Public Dinar GCP Dinar Nabawi Dinar 
Dinar Public Gold, Dinar GCP, Dinar Nabawi

Antara semua pengeluar koin dinar/dirham di Malaysia, produk Public Gold adalah yang paling mudah didapati daripada 17 cawangannya di seluruh Malaysia, di samping harganya yang amat kompetitif dan susut nilai yang rendah.

Emas sebagai perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin juga masih popular. Namun melihat statistik aktiviti jenayah di negara kita pada masa kini, saya sendiri tidak berani memakai emas di luar rumah. Kelebihan emas perhiasan ialah ia tidak dikenakan zakat (dengan syarat haruslah dipakai sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, dan tidak melebihi Uruf/kebiasaan setempat). Kekurangannya pula, susut nilai yang tinggi iaitu 25% di bawah harga pasaran jika dibawa di kedai emas biasa. Emas Public Gold Jewellery (D-series) pula hanyalah dikenakan susut nilai 15%.

Yang lebih menarik, jika anda ada emas perhiasan lama yang tidak mahu dipakai lagi, anda boleh membawanya ke Public Gold utk di tukar-beli (trade-in) dengan item Public Gold yang lain seperti bar/jongkong dan dinar pada harga yang berpatutan. Cara ini akan menurunkan susut nilai emas anda daripada 25% kepada 4.5-8% sahaja dan memastikan anda mendapat pulangan yang lebih cepat bila harga emas meningkat.

Sekiranya anda ada kemusykilan, bolehlah hubungi saya atau tinggalkan komen.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com