Sunday 7 September 2014

Kelebihan Jadi Dealer Public Gold

Ada 3 tingkat dealership dalam Public Gold:
1- (Normal) Dealer
2- Priority Dealer
3- Master Dealer

Kelayakan automatik bagi pembelian berjumlah tertentu dalam satu resit. Bermula April 2016, kelayakan bagi Normal, Priority dan Master Dealer telah dinaikkan seperti dalam poster berikut.

Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya sebelum ni, Public Gold memang ada buat promo dari semasa ke semasa tentang kelayakan menjadi dealer, contohnya beli berapa banyak gram (bukan ikut RM) atau recruit berapa ramai dealer untuk upgrade status dealer.

Apa kelebihan jadi dealer?
1- Mendapat komisyen atas belian sendiri antara 1%-2% (ND 1%, PD 1.5%, MD 2%) pada belian kedua dan seterusnya. PG akan beri cash back pada bulan berikutnya terus masuk ke akaun bank kita (atau dikreditkan ke akaun GAP jika nilai kurang dari RM 100). Kira macam diskaun lah sebab dapat kurangkan jumlah bayaran untuk emas yang kita beli. Tidak semestinya kena cari pelanggan baru untuk jadi dealer.

Alang-alang membeli, biar jadi dealer terus jika budget cukup. Kebiasaannya orang yang beli emas pertama kali, mesti nak beli lagi dan lagi kerana aura emas tu sendiri. Dan mestilah nak tambah simpanan jugak kan. Robert Koyasaki penulis best-seller, Rich Dad Poor Dad, dalam interview nya menyebut, kekayaan beliau dalam cash hanyalah 10%. Lain-lain sama ada dlm bentuk real estate (40%), precious metal (25%- termasuk emas), ikuiti dll. Emergency cash dalam simpanan kita seelok-eloknya 3 bulan gaji inshaAllah cukup. Selebihnya baik tukar kepada emas daripada terbiar dalam bank yang akan bagi duit kita sebagai loan pada org lain pulak. Lebih sedih lagi nilai duit kertas ni akan berkurang akibat dimamah inflasi dan kadar tukaran asing yang tak adil... 

2- Jika dapat pelanggan baru yang kita daftarkan dengan PG, PG akan bagi komisyen pada kita pada kadar % macam belian sendiri. Pembelian seterusnya dari pelanggan tu pun kita dapat komisyen.

3- Jika pelanggan baru kita tu jadi dealer, kita akan dapat introducer commission untuk pembelian pertamanya sebagai dealer dan overriding commission untuk pembelian mereka yang seterusnya.

4- Bila kita jual balik emas pada PG, kita dapat cash back sebanyak 0.3%

5- Untung bila kita trade emas PG kepada individu. Kita jual emas pegangan kita pada harga PG Sell kepada pembeli individu, kita beli balik emas dari penjual individu pada harga PG Buy. Kita dapat untung atas spread di situ. Kena make sure lah waktu kita jual/beli tu harga PG Buy lebih rendah dari PG Sell yang kita nak caj tu (sebab harga kan sentiasa berubah).

6- 'Terpaksa' belajar ilmu emas dan sebarkan. Kini PG memperkenalkan PG1System sebagai platform untuk dealer-dealer baru belajar daripada Master Dealer terdahulu yang sekarang mampu menjana pendapatan hingga 4-5 angka sebulan (PG bukan MLM ok?)

Point tambahan:
7- Peluang menimba ilmu dalam program khas anjuran PG dalam memajukan dealer seperti SIP (Sales Incentive Program) dan JLT (Jutawan Emas Leadership Training) pada harga subsidi. Inilah peluang bertemu dengan founder PG- Dato' Louis Ng sendiri dan sesi di mana otai2 Master Dealer berkongsi tips dan rahsia kejayaan mereka (JLT). Kebanyakan dealer2 yang sudah join program sebegini mendapat semangat yang luar biasa lepas program

Dari kat atas ni juga, kita boleh buat kesimpulan fungsi dealer PG iaitu untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menyimpan emas, kewujudan Public Gold dan bagaimana PG boleh bantu orang ramai dapatkan emas fizikal dengan cara terbaik yang memang telah terbukti sejak 2008. 

Dealer juga boleh tolong customer memudahkan trading dengan Public Gold, contohnya tolong pelanggan untuk follow-up dgn PG bila ada apa-apa masalah. Semua ni dibuat dengan percuma (tanpa caj tambahan kepada pihak pelanggan).

Pada 7hb Sept 2014, harga emas GAP 999.9 ialah RM 140 per gram. Dengan RM 20,000 boleh dapat 142 gram emas dan layak jadi dealer. Atau tambah sikit RM 602 boleh dapat bar 100g (RM 13,713) dan 50g (RM6,998). Mulai 8hb Sept 2014, perlukan RM 30,000 untuk jadi dealer. 

Update: harga emas Public Gold di awal tahun 2016 ialah antara RM 170-180+/g -dalam masa 2 tahun, meningkat hingga RM 30-40+ per gram! Nampak tak bagaimana nilai wang kertas (terutamanya RM) boleh susut dalam masa yang singkat sahaja. Rasanya lebih berbaloi simpan RM atau emas?

Bulan September 2016, ada promosi dealer terbaik untuk penjawat awam dan pelajar. Buat belian secara GAP bernilai RM 5000 SAHAJA (lebih kurang 26g emas untuk kakitangan kerajaan) atau RM 2500 SAHAJA (bagi pelajar- kolej/university/postgrad, dapat 13g emas kurang lebih) dan dapat sertai Sales Incentive Program (SIP Penang)- percutian melawat HQ Public Gold selama 2 hari satu malam di Pulau Pinang termasuk tempat tinggal dan makan minum hanya dengan 1.5g GAP (kebiasannya 2.5g, jimat 1g).

Bukan pegawai kerajaan atau pelajar? Jangan risau. Dapatkan promosi dealer bila hadir ke seminar percuma di branch PG yang diadakan setiap minggu/bulan. Contact saya untuk tahu jadual seminar 

Renung-renungkan, dan bertindak lah sekarang! 

*Bermula dengan GAP? Baca di sini

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)

Kemaskini 24 September 2016