Soalan Lazim

Dipetik dan diolah dari webpage Public Gold

1. Apakah itu Public Gold?
Public Gold (PG) memberi ruang kepada pelanggan individu untuk membeli dan menjual emas fizikal dengan cara yang mudah, selamat dan selesa. Setiap pelanggan boleh membeli jongkong/bar emas tulen 999.9 secara online dan mengambilnya dari semua cawangan Public Gold mengikut harga emas semasa pada pilihan 10g, 20g, 50g, 100g, 250g dan 500gram dalam Ringgit Malaysia. PG turut menawarkan syiling emas 999.9, syiling emas 916 (dinar) dan emas perhiasan, termasuklah jongkong/bar dan syiling perak 999.

2. Kenapa anda perlu memilih Public Gold?
Public Gold adalah satu cara yang paling terbaik untuk pelanggan untuk membina dan merangka satu portfolio perniagaan emas dengan membeli dalam bentuk jumlah yang kecil mengikut kesesuaian masa anda.

3. Apakah kelebihan yang akan anda perolehi bersama Public Gold?
Di sini dinyatakan beberapa kelebihan yang diperolehi pelanggan termasuk:
  • Kemudahan pembelian dan penjualan emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
  • Ia adalah selamat dan mudah
  • Harga yang ditawarkan jauh lebih murah mengikut harga pasaran antarabangsa tanpa membabitkan caj bayaran tambahan.
  • Pelanggan boleh membeli dalam jumlah yang kecil pada satu-satu masa sekecil 1 dinar (4.25g.)
  • Peluang untuk menambah jumlah pendapatan dengan harga emas yang diberikan.
  • Emas boleh melindungi nilai terhadap inflasi yang berlaku (pada wang kertas).      
4. Bagaimana menjana keuntungan dari pembelian emas fizikal dari Public Gold?
Harga emas yang ditawarkan mengikut harga pasaran antarabangsa dalam matawang Amerika Syarikat (US Dollar) setiap auns/oz (31.104g). Bagi Public Gold, setiap harga dikira mengikut harga tempatan (Ringgit Malaysia). Anda akan memperolehi keuntungan apabila harga emas meningkat.

5. Bila masa yang sesuai untuk membuat pembelian emas?
Masa yang terbaik ialah semasa harga emas rendah. 
Nota saya: Sekarang (15 Mac 2014), harga masih dikira pada takat rendah jika dibandingkan harga pada tahun 2011. Trend harga sekarang sedang meningkat dari awal tahun 2014.

6. Adakah harga emas yang dinyatakan setiap hari lebih baik daripada harga dikedai emas?
Harga emas yang ditawarkan setiap hari disandarkan kepada harga emas antarabangsa dan pastinya  lebih baik berbanding kedai emas.

7. Apakah itu Bullion?
Bullion bermaksud tempat peleburan yang berasal dari Perancis yang membawa maksud mendidih yang diambil dari bahasa Latin. Emas adalah logam berharga yang dinilai mengikut berat. Tidak seperti syiling peringatan atau Numismatik yang dinilai mengikut tempahan terhad, jarang didapati, keadaan dan usianya. Syiling Bullion pula boleh dibeli oleh pelanggan yang mencari cara yang mudah untuk melindungi kekayaan mereka.

8. Mengapa harus membeli emas fizikal Bullion?
Menyimpan logam berharga dalam perancangan kewangan telah menjadi salah satu strategi perlindungan kekayaan. Mereka suka dan percaya dengan idea memegang sesuatu yang mempunyai nilai sebenar dalam tangan mereka sendiri, bukannya mempercayai segala-galanya di tangan bank ataupun broker. Faktor ekonomi yang menjejaskan harga logam berharga adalah berbeza jika dibandingkan dengan kesannya pada harga aset kewangan yang lain. Gerakan harga yang berbeza ini  boleh mengurangkan risiko volatility dan kestabilan portfolio secara keseluruhan.
Sama ada anda konservatif atau agresif dalam pendekatan pelaburan anda, logam berharga ini mewakili sebahagian penting daripada peruntukan aset anda. Beberapa pakar mencadangkan 10-15% aset dalam bentuk logam berharga. Tidak kiralah berapa tahap risiko yang berani diambil, setiap portfolio perlukan asas perlindungan yang kukuh. Emas merupakan satu aset yang paling mudah dicairkan. Ia mudah untuk dibawa, disimpan malah dikenali di semua negara. Ia juga mudah untuk dijual-beli dan ditukar kepada tunai pada bila-bila masa.

9. Bila seharusnya saya membeli jongkong/bar atau syiling/koin?

Jongkong/bar
Bagi pelabur skala besar yang serius, jongkong emas adalah pilihan pertama mereka kerana jongkong yang lebih besar biasanya boleh didapati pada premium harga yang terendah berbanding bar yang kecil yang lebih tinggi kosnya.
Walau bagaimanapun, jongkong yang lebih besar kurang fleksibel dari segi jualan. Contohnya jika anda memiliki jongkong seberat sekilo (1000gram) dan anda ingin menjual 3 auns (93.3gram) sahaja misalnya, ia tidak mudah untuk dipotong dari satu hujung jongkong itu. Pemilihan pembeli juga lebih terhad kerana anda perlu menjual kepada peniaga yang lebih besar. Agak sukar untuk mencari pembeli perseorangan kerana kebanyakan orang tidak biasa dengan jongkong bulion emas.
Nota saya: Jika anda ada bar yang mahu dijual, boleh tanya pada saya dahulu ;)

Syiling/Koin
Syiling dicetak dan dibentuk secara individu serta boleh didapati pada harga yang sangat kompetitif berbanding dengan jongkong yang mempunyai berat yang sama. Oleh sebab syiling bullion emas turut diiktiraf dan dikenali, maka ia mudah untuk dijual semula.
Nota saya: Syiling dalam kewangan Islam lebih dikenali dengan nama Dinar. Ia lebih mudah disimpan berbanding barang kemas, selain daripada lebih menguntungkan jika dijual.
 
10. Apakah Harga Spot?
Harga spot adalah harga yang dipersetujui di peringkat antarabangsa berdasarkan penawaran dan permintaan untuk satu troy auns emas. Harga spot ini boleh bertukar setiap minit. 

11. Apa itu Auns Troy?
Satu auns troy adalah unit tradisional bagi berat logam berharga. Sebagai contoh satu troy auns = 32,151 oz = 1 kilogram.

12. Mengapa saya membayar premium atas harga spot?

Apabila anda membeli mana-mana produk bullion anda membeli logam berharga yang telah dikeluarkan dan dicetak ke dalam bentuk yang boleh diniagakan. Premium atas harga spot adalah terdiri daripada kos pengeluaran ini. 

13. Apakah yang dimaksudkan dengan penyebaran margin (spread)?
Apabila anda membeli logam berharga anda akan membayar premium atas harga spot pada satu-satu masa (katakanlah 6%). Apabila anda datang untuk menjualnya semula, anda akan menerima harga di bawah kadar spot pada masa tersebut (katakan 1%). Oleh itu, dalam contoh ini penyebaran margin atau spread ialah 7%.
 
14. Di mana saya boleh menjual logam berharga saya?
Kerana Emas adalah standard antarabangsa, anda boleh meniagakan syiling atau bar di kebanyakan negara di dunia. Public Gold menawarkan pembelian harga yang paling kompetitif di Malaysia.
  
15. Dimana saya boleh membeli Bullion Emas?
Nota saya: Melalui saya sebagai agen Public Gold berdaftar (Azharina, WhatsApp +6013 209 2404, atau email: azharina.amin@gmail.com)
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Public Gold di talian 04-6439999 dan maklumkan saya sebagai Introducer anda (Norazharina, kod PG 040197).

16. Bilakah saya perlu membayar tempahan logam berharga saya?
Public Gold menyediakan butiran akaun dalam bentuk Ringgit Malaysia di dalam kontrak yang telah di email atau di faks kepada anda. Anda mesti menguruskan segala pembayaran ke dalam akaun ini dan mengesahkan pembayaran anda dalam tempoh 24 jam. Kami memerlukan pengesahan kerana kebanyakan deposit tidak akan dapat diproses sehingga lewat malam dan sekiranya pengesahan tidak dibuat, Public Gold berhak untuk membatalkan pesanan anda.
Nota saya: Jika Public Gold tidak menerima pembayaran dalam masa 4 hari, akaun anda boleh digantung pada hari yang ke-5

17. Adakah saya perlu membayar apa-apa komisen atas pembelian saya?
Walaupun banyak institusi atau pengedar sering mengenakan komisen pada setiap urusan perniagaan tetapi Public Gold tidak mengenakan sebarang komisen.
  
18. Apakah bentuk pembayaran yang diterima Public Gold?
Seperti amalan antarabangsa, Public Gold menerima bentuk pembayaran sama ada melalui pemindahan telegraf atau perbankan internet.
Nota saya: PG turut menerima tunai dan cek. Kad kredit tidak diterima sama sekali.
  
19. Bilakah saya boleh mengambil barangan tempahan yang dibuat?
Ia bergantung kepada jadual pengeluaran tetapi anda boleh jangka untuk mengambilnya dalam tempoh 5 hari bekerja.
 
20. Adakah Public Gold menyediakan pakej pembungkusan?
Setiap bar/syiling akan diletak di dalam bekas plastik bagi melindunginya daripada tercalar atau ada kesan cap jari dan disertakan dengan sijil rasmi ketulenan dari Public Gold.
  
21. Adakah margin Public Gold sentiasa dikekalkan pada 4.5% sehingga 8%?
Ya, ia akan dikekalkan di bawah keadaan politik dan sosial semasa tetapi tidak ketika keadaan pasaran yang melampau seperti pergolakan kewangan dan ekonomi yang kritikal, ketidakstabilan sosial dan politik serta peperangan. Perubahan margin akan dibuat selaras dengan keadaan yang berlaku.

Ada pertanyaan lanjut? Hubungi saya:
Norazharina Mat Amin (Azharina, kod PG 040197)
+6013 209 2404 (WhatsApp/LINE/SMS)
azharina.amin@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai