![]() |
Pada mulanya GAP boleh dibeli dalam gandaan RM50 (dah naik ke RM 100), namun sekarang boleh dibeli dalam gandaan 1gram supaya patuh syariah. |
Lebih kurang sama macam apa yang ditawarkan oleh bank Ar-Rajhi dan Kuwait Finance House (emas 995) yang patuh syariah kerana memang ada emas fizikal yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Apa-apa baki emas dalam akaun tu, PG akan simpankan secara PERCUMA tanpa sebarang caj. Dan lagi best sebab emas PG ialah 999 berstatus LBMA (London Bullion Market Association) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, serta bebas GST!
Berita baik! Kaedah GAP ini telah pun disahkan patuh syariah oleh badan penasihat syariah antarabangsa, Amanie Advisor yang diterajui Datuk Dr. Mohd Daud Bakar
Harga GAP akan dikemaskini sekali sehari jam 12 tengah malam (atau 2 kali sehari, biasanya pada jam 12 tengah hari sekali lagi dalam kondisi kewangan dunia yang tidak menentu). Ada 2 baris harga, baris atas harga emas dalam gram untuk RM100; baris kedua, harga emas untuk satu gram dalam RM.
Lepas buat bayaran, kena notify PG dalam format tertentu untuk bagitau yang kita dah buat bayaran- sama ada SMS/ WhatsApp/ WeChat ke nombor 017-4866 916.
Untuk yang baru pertama kali (belum ada kod PG), taip;
"NEW CUSTOMER
a. Nama penuh
b. No ic
c. No telefon
d. Email
e. Jumlah yang dibank in
f. Tarikh bank in
g. Masa bank in
h. Introducer : PG040197 Norazharina Mat Amin" (atau mana-mana dealer yang sahabat percayai, untuk mudahkan urusan follow up dengan PG jika ada masalah. Untuk pembeli dalam network saya, support group disediakan :)
Attach kan sekali slip bayaran supaya PG boleh sahkan bayaran. Ini contoh yang saya dah buat.
Kalau pakai SMS tapi tak boleh nak hantar MMS utk payment slip tu, boleh emailkan softcopy/snapshot pada dealer anda atau gap@publicgold.com.my sebagai bukti pembayaran. Arahan yang disediakan Public Gold di sini (tapi mungkin dah outdated).
*Untuk existing customer yang dah ada PG Code, ada step baru untuk upload payment slip terus di web PG- tak perlu lagi email/WhatsApp. Sekarang dah boleh top-up GAP secara FPX. Hanya perlu Login dan klik butang BUY NOW (butang biru bulat pada gambar harga GAP)- Ada RM 1 processing fee
Bila PG dah sahkan bayaran diterima, PG akan update penyata GAP yang akan rekod berapa gram emas yang anda ada. Boleh semak GAP statement secara online di web PG dalam masa 2 hari bekerja. Login guna PG code yang diberi dalam email sebagai username dan 12-digit no. IC sebagai password, klik > My GAP **Penting untuk tukar password lepas first-time login
Jika ada lebih daripada 2 gram, sahabat dah boleh keluarkan emas tu. Call dulu cawangan PG terdekat untuk reserve item yang sahabat nak. Pergi ke cawangan tu dan bawa IC anda sebagai bukti anda pemegang akaun GAP.
Goldbar 1gram 999.9 PG berstatus LBMA pelbagai edisi- dari atas: Edisi Merdeka MY60, newborn, wedding, hari jadi dan Tahun Baru Cina (tahun ayam) |
Pastikan ada baki minimum 1g untuk akaun GAP kita kekal aktif. Jika nak keluarkan semua pun boleh, tapi ada caj RM 50 untuk activate semula. Nak tau ada berapa banyak baki dalam akaun? Boleh cek online di website PG > My GAP > Statement.
***PENTING: Sila update bahagian Penama/nominee di bawah My Account > My Profile supaya waris kita boleh URUS kan baki akaun GAP kita bila kita meninggal. Pernah terjadi kes pemegang akaun GAP meninggal beberapa bulan sahaja lepas buka akaun, jadi kalau sudah letak penama, akan lebih mudahkan urusan PG dan waris inshaAllah
GAP ni sesuai bagi mereka yang nak kumpul emas dengan budget sikit-sikit (setiap kali simpan 1gram dengan harga sekitar RM 200) dan tak mahu leceh-leceh simpan emas tu sendiri (takut nak simpan kat rumah, takut tak boleh tidur malam atau susah nak keluar masuk bank sewa safe deposit box).
*Petunjuk harga GAP: Jan 2016- RM 160+/g; Feb-Mac-April 2016- RM 170-180+/g; Jun-Jul 2016- RM 180-190+/g hingga Apr-Mei 2017; 2018 average RM185; 2019 highest RM212 setakat 10 Ogos
OK, saya harap penjelasan ni sedikit-sebanyak bantu anda faham apa itu GAP. Apa-apa pertanyaan boleh contact saya atau LIKE dan PM saya di facebook.com/emas1001 [FB page: Goldmate]
Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com
Updated 11 August 2019
OK, saya harap penjelasan ni sedikit-sebanyak bantu anda faham apa itu GAP. Apa-apa pertanyaan boleh contact saya atau LIKE dan PM saya di facebook.com/emas1001 [FB page: Goldmate]
Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404 (WhatsApp)
azharina.amin@gmail.com
Updated 11 August 2019
No comments:
Post a Comment
Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai