Friday 21 February 2014

Kenapa emas fizikal

Ada pelbagai cara orang melabur dalam emas. Saya pilih untuk membeli emas fizikal, iaitu emas yang betul-betul wujud yang saya boleh tengok, pegang dan simpan- baru puas hati. Berikut adalah sebab-sebabnya

Kenapa simpan emas fizikal

1. Sebagai pelindung kekayaan (wealth protection)
Emas adalah logam berharga yang kalis inflasi. Matawang kertas semakin lama semakin susut nilainya tetapi emas semakin tinggi nilainya. Sebagai contoh nasi lemak zaman atuk-nenek kita dulu mungkin 5 sen sahaja, zaman saya sekolah rendah boleh lagi dapat 50 sen, sekarang yang mencecah RM 5 pun banyak. Harga emas tahun saya kahwin 2008 harganya lebih kurang RM80/g, sekarang 6 tahun selepas tu dah hampir RM150/g, kenaikan hampir 100%! Sekarang lepas 8 tahun- RM 180/g. Inilah akibat inflasi, setiap tahun harga semakin naik kerana nilai duit kertas semakin kurang.

Tapi jika simpan emas, duit akan selamat. Lihat saja mak-mak dan nenek kita dulu selalu beli dan simpan emas. Bila anak-anak dah besar, harga emas dah naik berkali-kali ganda, boleh pakai untuk hantar anak ke universiti, buat kenduri kahwin dan sebagainya.

Ada sebuah video YouTube yang menerangkan bagaimana wang kertas dimanipulasi dan ianya adalah penipuan terbesar dalam sejarah manusia di sini. Lelaki dalam video tersebut ialah Michael Maloney, penulis buku best-seller 'Rich Dad's Advisors: Guide to Investing in Gold and Silver', pemilik syarikat GoldSilver.com dan WealthCycles.com. Itulah yang terjadi apabila sistem perbankan tidak menguruskan wang dengan baik yang rata-ratanya berasaskan sistem riba'.

Akhirnya nilai Dolar hanyalah 'seperti tisu tandas'- Tun Dr. M.
Kredit buat Utusan Malaysia dan mursyidi.com

2. Patuh Syariah
Hal ini melibatkan Umat Islam kerana ada beberapa buah bank yang menawarkan Akaun Simpanan Emas (Gold Savings Account- GSA). Bila kita deposit kan wang, nilainya akan berubah mengikut harga emas semasa, tapi sebenarnya tak ada emas sebenar untuk pemegang akaun. Hanyalah nombor yang dicetak dalam buku akaun. Namun, ada 2 buah bank yang patuh Syariah dalam hal ini iaitu Kuwait Finance House dan al-Rajhi. Mereka ni memang ada emas fizikal untuk pemegang akaun yang disimpan bagi pihak pelanggan dengan caj tertentu.

Sekarang Public Gold pun ada produk mcm yg ditawarkan KFH dan al-Rajhi yang dipanggil GAP (Gold Accumulation Program @ Program Akumulasi Emas). Boleh baca secara lanjut di sini.

Jika beli emas fizikal, tiada masalah dengan pematuhan Shariah kerana ia sama dengan urusan jual beli yang mudah. Kita bayar duit, kita dapat barang.

3. Hadis Rasulullah SAW
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal yang berbunyi:
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham"
Nota: Ada pendapat mengatakan hadis ni dhaif, yakni dari sumber yang kurang dipercayai..

Subhanallah.. Sejak dari zaman Rasulullah lagi mmg Dinar dan Dirham (koin emas dan perak) diguna dalam urusniaga. Sebagai contoh jika lebih 1400 tahun dahulu seekor kambing boleh dibeli dengan harga satu dinar, percaya atau tidak, zaman sekarang harganya masih lebih kurang sama. Ada seorang penjual kambing di Dengkil Selangor yang menerima 1 dinar emas bagi seekor kambing baka farel.

Malah dalam Quran pun ada disebut tentang emas sebagai hadiah di syurga. Maknanya emas ni sentiasa bernilai hingga ke akhirat kelak. MashaAllah itulah tujuan kita sebenarnya, ke syurga..

Wallahua'lam.

Norazharina Mat Amin
PG040197
013-2092404
azharina.amin@gmail.com

Kemaskini 26 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment

Komen, pertanyaan atau pandangan anda amat dialukan dan dihargai